Friday, 29 May 2015

Sarapan Mudah,Cepat dan Mengenyangkan - Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Pasti ramai di antara kita yang suka skip breakfast kan? Saya la diantara orang-orangnya..hee

Masa zaman study dulu memang boleh bilang dengan jari la berapa kali ja saya ambik breakfast. Mana taknya asyik bangun lambat, lepas tu kelam kabut nak pegi kelas. Buatnya kelas pack memang breakfast pkul 12 la gayanya.

Nasibla perut kebal masa tu. Sebab muda remaja lagi kot..hee

Tapi bila dah masuk zaman kerja sekarang ni, memang hazab kalau tak breakfast. Apa kerja pun tak boleh buat, lapaq terketaq-ketaq.

Selalunya breakfast saya beli ja. Biasa la orang Malaysia ni kalau makanan tak berminyak, bersantan memang tak sah. Pagi-pagi dah pekena nasik lemak, roti canai, kuih muih, minum plak teh tarik.

Semuanya terlebih lemak manis. Cukup masa muka bertambah manis, badan pula terlajak lemak.

Kadang-kadang pagi-pagi kalau lambat saya beli kuih ja, makan sambil drive pegi kerja. T_T Terdetik juga dalam hati isshh aku ni pagi-pagi dah makan benda berminyak, manis segala. Tak baik untuk kesihatan ni, getus hati kecil ku..

Nasib baik saya cepat tersedar semasa masih kurus..hee.


Saya terfikir-fikir nak makan apa ye waktu breakfast? Nak cari makanan yang sihat, tak berlemak, berminyak dan manis.

Nak minum ESP, tapi saya tak lalu kalau minum macam tu je tak campur dengan apa-apa. Pagi-pagi selalunya nak cepat tak sempat nak bancuh campur-campur ni alasan ja lebih.

Jadi haritu ada promoo Cinch Shake. Yang best nya Cinch ni ada perisa chochlate, vanilla dan latte. Cinch ni lebih sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan.

Tapi disebabkan ada perisa chochlate saya pun nak try jugak la, sebab dia boleh dijadikan meals replacement jugak.

Ok la, kan saya tengah cari makanan untuk breakfast. Boleh la try Cinch Shake.


Eksaited masa beli tu. Bila dah minum.. Ya Allah..Sedapnya!!!! serious tak tipu. hurmm nyummehh!! Memang beza dengan ESP

Sedap rasa lemak-lemak susu chochlate tu. Tak rasa bertepung sangat pun..hee

Masa mula-mula try tu memang tak ambik makanan lain masa breakfast tu. Konon bajet boleh kenyang sampai waktu lunch la. Tapi dalam pukul 10 camtu rasa lapar jugak.

Hurmmm..takpa fikir positif, percaya pada product. Saya terus minum jugak cinch masa hari berikutnya tapi ditambah dengan makan dua tiga keping biskut wheat. Ok la, boleh tahan lapar sampai waktu lunch.

Minggu kedua makan, oemgeee tak lapar langsungggg walaupun tak makan biskut..Yeay!!menjadiii..Masa waktu lunch pun dah tak kebulur sangat nak makan nasi.hee.

Ok sekarang mari kita lihat kelebihan-kelebihan Cinch Shake yang lain.

16 Kelebihan Cinch Shake :

1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya

2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan

3.Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian

4. Meningkatan metabolisme badan

5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus

6. Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit

7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan

8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.

10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

16. Soya bukan GMO

Jom sapa nak try minum jugak dalam masa yang sama berkira-kira untuk turunkan berat badan.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkanya. Jom sama-sama Kurus dan Sihat


Terima Kasih

Wednesday, 27 May 2015

Percutian Ke Krabi : Phi Phi Island

Assalamualaikum.

Kali ni nak sambung pasal percutian ke Krabi haritu. Hari ketiga kami pergi island tour ke Phi Phi Island.

Entry sebelum ni :
Part I : Perjalanan dari penang
Part II : Naik gajah

Ok, tour ni start pkul 9 pagi. Ada kenderaan (tak tahu panggil apa) datang pick up kat guest house dan bawak kami ke Aonang Beach. Package ni kami beli dekat guest house tu ja. Harga TB900



Ini lah kenderaannya. Ini asalnya kereta siam yang dekat belakang terbuka untuk letak barang tu. Tapi depa modify pasang kayu-kayu buat dinding, bumbung dan tempat duduk. Panjang plak tu. Boleh muat dalam lebih kurang 30 orang jugak la. Siap tambah tayar lagi. Dari aspect safety aku rasa memang tak dititikberatkan langsung.

Masa jalan tu, kalau time kona ja kayu-kayu tu bunyi krekkk krekkk...kuat plak tu, scary angatt..haha. Rasa macam nak patah ja kayu tu.

Sampai dekat Aonang Beach, register nama dan naik speed boat.


Semua total kami pergi 4 pulau. Nama-nama dia aku dah tak ingat. Kesian dekat tour gide tu beria bagi taw nama pulau-pulau ni,tapi aku buat taktau ja..hee. Antara 4 pulau tu, dua tempat boleh turun snorkerling, satu turun main-main tepi pantai dan satu lagi turun makan dan jalan-jalan.



Gambar snorkerling takda. Tak mampu deknon nak beli camera canggih..kekeke.


Jumpa ikan sekoq pon excited nak ambik gambar..haha. Maklumla waktu snorkerling tak mampu nak ambik T_T


Mata tak larat nak celik. Panas!..pakai sunblock tebal 2 inci pun burn jugak muka..haha

Abaikan pemandangan dekat belakang tuh..hee




Gambar atas-atas ni dekat Maya Bay, ak ingat pun sebab ada kat tulisan tu..hahaha. Serius cantik pantai dia, crystal clear (over ja ayat!!) air dia. Nampak pasir-pasiran nan keputihan..

Last stop kami dekat Mayada beach. Dekat sini macam ada perkampungan. Ada banyak jugak tempat makan. Yang muslim pun banyak. Pakej kami ni sekali dengan lunch. Nasib baik lunch dekat tempat muslim. Diorang yang masak ni kebanyakkan dari Pattani, jadi memang sedap la makanan tu..Tomyam dia..perghhh!!


Makan sampai licinn..Nampak sangat kebuluq, letih semua ada. Masa ambik makanan tu memang ikut nafsu tamak haloba dah. Lepastu baru sedaq 'eh banyak pulak aku ambikk', bajet tak boleh habis lettewww. Sekali nah licinnn..hehe. Siap p tambah lagi.. T_T


Lepas makan jalan-jalan sekitar pantai tu, mat saleh ajak kami selfie. Tunggu lagii, terus la sua muka..ekeke. Sebenarnya dalam speedboat lagi kami duk sembang ngan mat saleh ni. Sorang nama carlos, sorang lagi entah apa nama dia aku tak boleh tangkap apa dia sebut. Yang aku dengar go ja kat belakang. pastu aku tanya tak boleh ke panggil nama singkatan ja, panggil 'go'. pastu terus kawan-kawan aku ni gelak, dia pulak diam ja..taktau faham ke tak..bahaha. English dia tak ok sangat sebab dia orang Spain.


Cubaan ambik gambar melompat akhirnya berjaya. Good job Miss Camerawoman..hee.

Lepas dah habis jalan-jalan dekat situ, tiba masa untuk pulang. Sampai ke Aonang dalam pukul 4 macam tu la. Pastu naik lagi kereta tadi balik guest house. Selesai sudah tour untuk harini.. Kesannyaaaa berbelang muka. Takpa pengalaman menyeronokkan tu yang penting, muka boleh ok makan QU PUTEH..ekeke.


Terima Kasih

Monday, 25 May 2015

Percutian ke Krabi - Hari Kedua

Assalamualaikum.

Kali ni nak sambung dari entry sebelum ni iaitu Perjalanan ke Krabi dari Penang.

Disebabkan kami sampai petang tu lambat, kawan-kawan yang dari KL dah beli package untuk ke Hot Spring, Emerald pool dan naik gajah beharga TB120.
Diorang suruh kami beli yang package yang sama, tapi malam kedai tu dah tutup.

So pagi-pagi masa van datang pick-up tu tanya driver ada kosong ke tak lagi. Malangnya dah penuh. Jadi terpaksalah berpisah.


Fefeeling kat Korea ambil gambar tengah jalan dengan cuaca yang redup dan jalan yang tenang..hikhok, padahal banyak ja kereta yang lalu lalang dekat situ duk hon banyak kali..haha. Depa hon bukan sebab kami duk atas jalan raya, tapi hon kot-kot la kami perlukan transport untuk pegi mana-mana. Nampak sangat macam takdak tujuan. Tapi memang pon, duk tengah pikiaq. T_T

Jadi aku dengan lagi sorang kawan yang dari Penang ni, beli la package lain. Kalau nak beli yang sama memang dah takda sebab tour tu memang start awal dan kena beli sehari sebelum. Kami pegi naik gajah ja. Itu jela pilihan yang best yang ada pun. Harga TB50


Masa mula-mula naik, gajah ni tak mau jalan. jenuh orang tu pukul-pukul marah-marah. Kesian kat gajah tu..hihi.

Nampak macam rilek-rilek ja naik gajah kan. Padahal rasa macam nak luruh jantung..haha. Kawasan tu macam berbukit sikit, tanah dia tak rata. Rasa macam naik roller coaster ja tapi versi slow..haha.mengarut!.


Masa ni orang yang bawak gajah tu suruh kami bawak (tak tahu perkataan apa yang sesuai) sendiri. Kawan aku ni buat berani pulak..haha. Risau gak weiii..buat nya gajah tu jatuh terhempap kami nanti..ngeri pulak bila pikiaq. Tapi so far so good la, berjaya turun dengan selamatnya..hee.


Malu gajah ni orang tengok dia mandi.


Lepas habis naik gajah, kami bagi dia makan pulak. Sian dia letih bawak kami jalan-jalan dalam hutan..ekeke.Nampak belalai saja pun jadi la.

Selesai bab gajah, dah tiba masa untuk pulang. Tapi awal lagi masa tu dalam pukul tiga, macam boring pulak kalau balik hotel. Jadi kami mintak driver van untuk hantar kami ke Ao Nang tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Petang tu jalan-jalan la tepi pantai sambil mencuci mata tengok orang bercanda alam ciptaan Allah S.W.T.


Malam tu kami jalan-jalan dekat night market. Night market ni ada hari jumaat,sabtu dan ahad ja. Malam lain memang sunyi Krabi town ni.

Gambar suasana kat night market takda la pula..tapi lebih kurang kat Malaysia je la cuma makanan ja tak sama. agak susah juga nak jumpa makanan halal. Asal jumpa orang yang pakai tudung jual tu kami consider halal la..haha. Tapi memang tak banyak. yang dijual pun tak menarik.

Kalau nak cari souvenier memang kat sini murah dan banyak.


Inilah hasil tangkapan untuk di makan pada malam tu. Beli kat seven eleven ja. Asal ada logo halal kami rembat..haha. Kenyang perut suka hati, mata pun berat. Apalagi upload satu gambar dulu kat insta (perlu ka?) pastu tidoq..hee.

Sambungan...
Part III - Phi-Phi Island
Terima Kasih

Percutian ke Krabi : Perjalanan dari Penang

Assalamualaikum.

Dah lama plan nak pegi Krabi, at last jadi la jugak. Selalunya asyik plan ja lebih jadinya tak pongg..haha.

Mulanya ramai yang nak join, tapi semakin dekat nak pegi sorang demi sorang tak jadi ikut. So kami berlima ja pegi. Aku dengan lagi sorang kawan pegi dari Penang yang lagi tiga orang naik flight dari KLIA.

Yang diorang dari KL memang dah booked tiket flight dari awal lagi. Kami dari penang ni punya la wat lek ja tak beli apa-apa tiket pun. Sebab cadangnya nak guna jalan darat je. So, kami pun start la baca-baca blog orang yang tulis pasal ke krabi guna jalan darat ni.

Esoknya nak pegi tu baru la pegi survey tiket. Mulanya tengok tiket train, pastu pegi station bas pulak cari tiket. Lepas compare harga kami pun decide nak naik van ke Hatnyai. Dari penang ke Hatnyai takda bas ye. Harga tiket RM 35. Van ada pkul 6, 9 dan 11 kalau ak tak silap. Kami ambil pukul 6 punya. Yakin sangat boleh bangun awal.. T_T

Nasib baik subuh awal sikit. Kelang kabut jugak la nak sembahyang pagi tu dekat station bas. Yang driver van ni dah start call dah..

Dalam 6 suku baru bertolak dari penang. Lepas tu berhenti dekat Bukit kayu hitam untuk cop passsprt.


Dulu-dulu tengok van macam ni seram ja, konon-konong orang kata van ni bawa lari orang dan jual kat siam..haha.


Agak renyah sebenarnya naik van ni, sebab asyik kena turun naik van sampai tiga kali. Mula-mula dekat Bukit Kayu Hitam, pastu dekat sempadan Malaysia, dan last dekat sempadan Thailand untuk cop passport.

Kami sampai Hatnyai lebih kurang pukul 11.30 (Jam Thailand). Dari Hatnyai naik van lagi sampai ke Krabi. Harga tambang TB290. Sampai Krabi dalam pukul empat macam tula. Lama gilaa..T_T. Tapi van ada berhenti dekat RnR Songkla. Dekat situ ada kedai Muslim, surau semua ada la.

Sebenarnya van tu tak hantar kami ke Krabi Town pon. Entah nama pa tak taw tempat yang dia drop tu. Dari situ terpaksa naik Teksi ke Guest House dekat Krabi Town. p/s : Better dekat Hat Yai tanya betul-betul which area dekat krabi yang van tu akan hantar.

Kami stay dekat PN Guesthouse. Booked dekat agoda. 2 orang satu bilik, RM65/person untuk 3 malam. Murah kan?hee..kena selalu tengok dan cari dekat agoda la.


Memang puas hati la dengan bilik dia. Toilet pun bersih.

Hotel dekat Krabi Town murah sikit compare dengan dekat Ao Nang beach. Tapi Krabi Town tak 'hidup' sangat la. Kalau nak buat aktiviti memang semua dekat Ao Nang. So, memang kena pegi Ao Nang jugak.

Jangan risau kalau kita beli package tour dekat Krabi town memang dah include dengan pickup dari hotel ke Ao Nang. kita tak perlu naik teksi sendiri ke Ao Nang pun. Harga package pun sama juga dengan harga dekat Ao Nang.

Ok, dah habis entry perjalan. Nanti sambung pula aktiviti dekat sana.

Sambungan
Part II - Naik Gajah
Part III - Phi Phi Island
Terima Kasih

Friday, 22 May 2015

ebook Percuma: TIPS PERNIAGAAN ONLINE

Assalamualaikum,


Harini, saya nak share sesuatu yang sangat istimewa dengan anda semua.

Tapi, sebelum saya berbicara lebih panjang lebar, izinkan saya bertanya 4 soalan kepada anda:

1. Adakah perlaksanaan GST sekarang ini memberi kesan kepada hidup anda?
2. Adakah anda mahu membaca kisah kejayaan seorang ‘engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes?
3. Adakah anda mahu tahu peluang-peluang bisnes yang mudah dijalankan di Malaysia?
4.Adakah anda mahu tahu tips bagaimana untuk berjaya dalam bisnes dengan mudah?

Jika kesemua jawapan anda “Ya”. Izinkan saya berkongsi dengan anda sebuah EBOOK yang istimewa.

“Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”


Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook luar biasa. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.

Bacalah, hayatilah kisah susah payah perjuangan seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

Bukan mudah untuk berjaya!!! Kejayaan usahawanita ini pasti menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.

Di dalam ebook ini ada dikongsikan kepada anda semua, untuk berjaya dalam perniagaan, anda sebenarnya tak memerlukan modal yang besar. Anda tak perlu memiliki kilang yang besar. Anda tak perlu memiliki pekerja yang ramai.

Apa yang anda perlukan? Cukuplah jika anda mempunyai HATI YANG KENTAL, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan Nya.

Sekiranya anda mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!

Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua. Apa yang lebih menarik, Ebook ini ditulis berdasarkan perspektif Islam bagaimana untuk memulakankan sesuatu perniagaan.


Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Dapatkan EBOOK ini secara percuma di : ebookniaga.com/sorryboss/shahidanajwa



Jika tidak keberatan, saya mohon agar anda dapat SHARE entry ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.


Wassalam.
Terima Kasih

Tuesday, 19 May 2015

PERCUMA Multivitamin PERTAMA di Dunia

Assalamualaikum.

Semoga anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T.

Best kan dapat benda PERCUMA!!..

Saya memang excited kalau dapat barang percuma ni..hee. Kalau pergi shopping tengok ada barang yang kalau beli dapat FREE GIFT memang saya excited. Kadang tu sampai pujuk-pujuk macam paksa pun ada kawan-kawan ajak beli sekali sebab nak free gift tu..haha

Yela nak dapat hadiah percuma kan kena la beli sesuatu dulu, selalunya memang kena beli lebih daripada satu. Itula sampai paksa kawan beli sekali tapi saya yang ambik free gift tu..hee.

Best ke Best dapat barang percuma nih? Sapa yang tak nak kan?

VITA-LEA Multivitamin PERTAMA PERCUMA!

Sempena menyambut ulangtahun 100 tahun VITA-LEA, Shaklee berbesar hati untuk beri sebotol VITA-LEA berharga RM94 secara PERCUMA kepada semua ahli baru yang mendaftar dalam bulan May 2015.

Syaratnya mudah saja. Daftar sebagai ahli RM69 dan beli sebarang produk Shaklee. Thats it! Anda dah pun dapat PERCUMA SEBOTOL VITA-LEA.


Best kan? untungnya lahai sesiapa yang register ahli shaklee bulan MEI ni. Ia memang rezeki anda yang belum mendaftar lagi.

SEJARAH VITAMIN

Mesti ramai tak tahu. Perkataan VITAMIN diambil daripada Multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915, iaitu sejak 100 tahun lalu!!

Vita-Lea la vitamin yang dimaksudkan tu. Asalnya ia dinamakan SHAKLEE VITALIZED MINERALS. Sejak itulah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama.


Yang paling menarik, masa tu Dr Shaklee baru berumur 21 tahun. Hebat kan?
Anda boleh baca kisahnya di bawah ini.


APA KELEBIHAN VITA-LEA NI?

Syukur Alhamdulillah, Kalau tak disebabkan Shaklee sangat menitik beratkan aspek KEASLIAN dan MUTU yang sangat bagus, ditambah pula dengan sokongan KAJIAN SAINS, takkan Vita-Lea ini boleh bertahan sehingga 100 tahun kan?


Memang vitamin lengkap la vita-lea ni, ada sampai 28 jenis vitamin dalam satu pil je. Terbaik sangat ni. Wahh..kagum-kagum..

So, apa tunggu lagi bagi yang tak pernah try vita-lea ni? memang peluang terbaik untuk dapatkan vitamin yang sangat hebat dan berkualiti dan percuma pulak tu.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkanna.. Terima Kasih sudi baca.


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign