Monday, 25 May 2015

Percutian ke Krabi - Hari Kedua

Assalamualaikum.

Kali ni nak sambung dari entry sebelum ni iaitu Perjalanan ke Krabi dari Penang.

Disebabkan kami sampai petang tu lambat, kawan-kawan yang dari KL dah beli package untuk ke Hot Spring, Emerald pool dan naik gajah beharga TB120.
Diorang suruh kami beli yang package yang sama, tapi malam kedai tu dah tutup.

So pagi-pagi masa van datang pick-up tu tanya driver ada kosong ke tak lagi. Malangnya dah penuh. Jadi terpaksalah berpisah.


Fefeeling kat Korea ambil gambar tengah jalan dengan cuaca yang redup dan jalan yang tenang..hikhok, padahal banyak ja kereta yang lalu lalang dekat situ duk hon banyak kali..haha. Depa hon bukan sebab kami duk atas jalan raya, tapi hon kot-kot la kami perlukan transport untuk pegi mana-mana. Nampak sangat macam takdak tujuan. Tapi memang pon, duk tengah pikiaq. T_T

Jadi aku dengan lagi sorang kawan yang dari Penang ni, beli la package lain. Kalau nak beli yang sama memang dah takda sebab tour tu memang start awal dan kena beli sehari sebelum. Kami pegi naik gajah ja. Itu jela pilihan yang best yang ada pun. Harga TB50


Masa mula-mula naik, gajah ni tak mau jalan. jenuh orang tu pukul-pukul marah-marah. Kesian kat gajah tu..hihi.

Nampak macam rilek-rilek ja naik gajah kan. Padahal rasa macam nak luruh jantung..haha. Kawasan tu macam berbukit sikit, tanah dia tak rata. Rasa macam naik roller coaster ja tapi versi slow..haha.mengarut!.


Masa ni orang yang bawak gajah tu suruh kami bawak (tak tahu perkataan apa yang sesuai) sendiri. Kawan aku ni buat berani pulak..haha. Risau gak weiii..buat nya gajah tu jatuh terhempap kami nanti..ngeri pulak bila pikiaq. Tapi so far so good la, berjaya turun dengan selamatnya..hee.


Malu gajah ni orang tengok dia mandi.


Lepas habis naik gajah, kami bagi dia makan pulak. Sian dia letih bawak kami jalan-jalan dalam hutan..ekeke.Nampak belalai saja pun jadi la.

Selesai bab gajah, dah tiba masa untuk pulang. Tapi awal lagi masa tu dalam pukul tiga, macam boring pulak kalau balik hotel. Jadi kami mintak driver van untuk hantar kami ke Ao Nang tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Petang tu jalan-jalan la tepi pantai sambil mencuci mata tengok orang bercanda alam ciptaan Allah S.W.T.


Malam tu kami jalan-jalan dekat night market. Night market ni ada hari jumaat,sabtu dan ahad ja. Malam lain memang sunyi Krabi town ni.

Gambar suasana kat night market takda la pula..tapi lebih kurang kat Malaysia je la cuma makanan ja tak sama. agak susah juga nak jumpa makanan halal. Asal jumpa orang yang pakai tudung jual tu kami consider halal la..haha. Tapi memang tak banyak. yang dijual pun tak menarik.

Kalau nak cari souvenier memang kat sini murah dan banyak.


Inilah hasil tangkapan untuk di makan pada malam tu. Beli kat seven eleven ja. Asal ada logo halal kami rembat..haha. Kenyang perut suka hati, mata pun berat. Apalagi upload satu gambar dulu kat insta (perlu ka?) pastu tidoq..hee.

Sambungan...
Part III - Phi-Phi Island
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign