Aku rasa hidup aku sekarang ni sangat membosankan la. Kerja aku yang bosan sebenarnya. Yela dah masa sepanjang hari dihabiskan di tempat kerja sebab tu la aku rasa hidup aku ni sangat membosankan.
Weekend ja yang aku rasa best, cuti kan..hee. Tapi weekend pun aku kerja juga, cuma bukan kerja hakiki la. aku guna kan masa hujung minggu tu dengan buat kerja-kerja bisnes aku.
So, boleh dikatakan dalam seminggu hanya dua hari ja aku hidup with my passion. Walaupun terpakasa drive dekat dua jam sebab jem gila petang jumaat nak balik kampung, balik potong kain pulak, hantar kat tailor dan beli kain lagi tapi aku rasa best buat kerja-kerja nih. Ini kot yang dinamakan live with passion.haha
Bagi kes aku ni 'weekend with passion'..haha. Weekdays hidup dalam keterpaksaan.
Serius boleh mati kutu dengan kerja aku sekarang ni. Sangat takda kerjaaa. Kalau ada pun kerja yang remeh temeh setakat takdak SPM pun boleh buat. Rasa macam kuli pulak buat kerja macam tu.
Ada kawan aku cakap 'best la takda kerja, tapi dapat gaji degree'. Tapi bagi aku la, setakat mana boleh bertahan kalau macam ni?
Aku kerja nak cari pengalaman dan ilmu yang baru. Kalau macam ni gayanya jadi orang dungu la aku.haha. Apa ilmu dan pengalaman pun tarak.
Tengah cari-cari jugak kerja baru. Tak dapat-dapat pun lagi, maklumlah zaman sekarang kan memang susah nak dapat kerja.
Pernah jugak terfikir nak berhenti terus kerja dan fokus dekat bisnes ja. Masalahnya mak aku pulak tak bagi.
Biasala mentaliti orang melayu akan cakap 'belajar tinggi-tinggi supaya dapat kerja bagus dengan company yang besar, dapat gaji banyak'.
Kalau zaman dulu mungkin ya, tapi tidak pada zaman sekarang dengan persaingan yang sengit, bersepah orang ada degree, master pun ramai. Memang peluang sangat tipis la nak dapat apa yang diidamkan tu.
Syok tengok orang buat fulltime bisnes, sendiri jadi bos dan tak perlu ikut arahan orang. Memang tak dapat dinafikan banyak dugaan buat bisnes ni, tapi bila kita dah berjaya atasi dan selesaikan semua masalah yang datang, kita akan rasa puas dan happy sangat. Rasa berbaloi atas usaha yang dilakukan.
Tetapi kalau kita makan gaji, ada problem tentang kerja. Kita mati-matian solve problem tu, end up apa yang kita dapat? cukupkah hanya sekadar ucapan terima kasih? bonus?..tunggu hujung tahun, itu pun depend on sale company..hurmm.
Bosan sangat hidup dalam keterpaksaan ni. Pagi-pagi terpaksa rushing nak pergi kerja, nak balik pulak jalan jem. Buat kerja ikut ja telunjuk orang. Mungkin aku ja kot rasa macam ni. Untunglah korang yang dapat kerja yang best tu..T_T
Aku memang dah berangan ja nak main redah ja berhenti kerja dan fokus dekat bisnes. Masa ntuk bisnes aku ni agak terbatas sebab terpaksa kerja yang sekarang ni la. Sampai tak berani nak buat marketing yang dasyat takut tak menang tangan sebab aku buat weekend ja.huu..
Suatu hari nanti (very soon) aku akan pastikan aku buat apa yang aku suka. Kerja yang buat aku enjoy dan rasa berbaloi. Dan yang penting live with passion.
InsyaAllah, I will work for it (sebab tu aku tulis dalam blog ni sebagai janji untuk diri sendiri). Doakan aku ya (kot2 ada yang terbaca..hee).
Hayati kisah benar Kisah Kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja selepas 6 bulan menjalankan Online Bisnes. Ikuti rahsia bagaimana beliau berjaya menghasilkan Jualan RM 1 Juta dalam tempoh 9 bulan At ZERO Marketing Cost selepas mengikuti Seminar Dr Azizan Osman.
Kisah ini telah mendapat sambutan 15 000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!! Sila klik disini untuk download.