Friday, 19 June 2015

Live with Passion

Assalamualaikum.

Aku rasa hidup aku sekarang ni sangat membosankan la. Kerja aku yang bosan sebenarnya. Yela dah masa sepanjang hari dihabiskan di tempat kerja sebab tu la aku rasa hidup aku ni sangat membosankan.

Weekend ja yang aku rasa best, cuti kan..hee. Tapi weekend pun aku kerja juga, cuma bukan kerja hakiki la. aku guna kan masa hujung minggu tu dengan buat kerja-kerja bisnes aku.

So, boleh dikatakan dalam seminggu hanya dua hari ja aku hidup with my passion. Walaupun terpakasa drive dekat dua jam sebab jem gila petang jumaat nak balik kampung, balik potong kain pulak, hantar kat tailor dan beli kain lagi tapi aku rasa best buat kerja-kerja nih. Ini kot yang dinamakan live with passion.haha

Bagi kes aku ni 'weekend with passion'..haha. Weekdays hidup dalam keterpaksaan.

Serius boleh mati kutu dengan kerja aku sekarang ni. Sangat takda kerjaaa. Kalau ada pun kerja yang remeh temeh setakat takdak SPM pun boleh buat. Rasa macam kuli pulak buat kerja macam tu.

Ada kawan aku cakap 'best la takda kerja, tapi dapat gaji degree'. Tapi bagi aku la, setakat mana boleh bertahan kalau macam ni?

Aku kerja nak cari pengalaman dan ilmu yang baru. Kalau macam ni gayanya jadi orang dungu la aku.haha. Apa ilmu dan pengalaman pun tarak.

Tengah cari-cari jugak kerja baru. Tak dapat-dapat pun lagi, maklumlah zaman sekarang kan memang susah nak dapat kerja.

Pernah jugak terfikir nak berhenti terus kerja dan fokus dekat bisnes ja. Masalahnya mak aku pulak tak bagi.

Biasala mentaliti orang melayu akan cakap 'belajar tinggi-tinggi supaya dapat kerja bagus dengan company yang besar, dapat gaji banyak'.

Kalau zaman dulu mungkin ya, tapi tidak pada zaman sekarang dengan persaingan yang sengit, bersepah orang ada degree, master pun ramai. Memang peluang sangat tipis la nak dapat apa yang diidamkan tu.

Syok tengok orang buat fulltime bisnes, sendiri jadi bos dan tak perlu ikut arahan orang. Memang tak dapat dinafikan banyak dugaan buat bisnes ni, tapi bila kita dah berjaya atasi dan selesaikan semua masalah yang datang, kita akan rasa puas dan happy sangat. Rasa berbaloi atas usaha yang dilakukan.

Tetapi kalau kita makan gaji, ada problem tentang kerja. Kita mati-matian solve problem tu, end up apa yang kita dapat? cukupkah hanya sekadar ucapan terima kasih? bonus?..tunggu hujung tahun, itu pun depend on sale company..hurmm.

Bosan sangat hidup dalam keterpaksaan ni. Pagi-pagi terpaksa rushing nak pergi kerja, nak balik pulak jalan jem. Buat kerja ikut ja telunjuk orang. Mungkin aku ja kot rasa macam ni. Untunglah korang yang dapat kerja yang best tu..T_T

Aku memang dah berangan ja nak main redah ja berhenti kerja dan fokus dekat bisnes. Masa ntuk bisnes aku ni agak terbatas sebab terpaksa kerja yang sekarang ni la. Sampai tak berani nak buat marketing yang dasyat takut tak menang tangan sebab aku buat weekend ja.huu..

Suatu hari nanti (very soon) aku akan pastikan aku buat apa yang aku suka. Kerja yang buat aku enjoy dan rasa berbaloi. Dan yang penting live with passion.

InsyaAllah, I will work for it (sebab tu aku tulis dalam blog ni sebagai janji untuk diri sendiri). Doakan aku ya (kot2 ada yang terbaca..hee).


Hayati kisah benar Kisah Kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja selepas 6 bulan menjalankan Online Bisnes. Ikuti rahsia bagaimana beliau berjaya menghasilkan Jualan RM 1 Juta dalam tempoh 9 bulan At ZERO Marketing Cost selepas mengikuti Seminar Dr Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15 000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!! Sila klik disini untuk download.




Terima Kasih

Friday, 29 May 2015

Sarapan Mudah,Cepat dan Mengenyangkan - Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Pasti ramai di antara kita yang suka skip breakfast kan? Saya la diantara orang-orangnya..hee

Masa zaman study dulu memang boleh bilang dengan jari la berapa kali ja saya ambik breakfast. Mana taknya asyik bangun lambat, lepas tu kelam kabut nak pegi kelas. Buatnya kelas pack memang breakfast pkul 12 la gayanya.

Nasibla perut kebal masa tu. Sebab muda remaja lagi kot..hee

Tapi bila dah masuk zaman kerja sekarang ni, memang hazab kalau tak breakfast. Apa kerja pun tak boleh buat, lapaq terketaq-ketaq.

Selalunya breakfast saya beli ja. Biasa la orang Malaysia ni kalau makanan tak berminyak, bersantan memang tak sah. Pagi-pagi dah pekena nasik lemak, roti canai, kuih muih, minum plak teh tarik.

Semuanya terlebih lemak manis. Cukup masa muka bertambah manis, badan pula terlajak lemak.

Kadang-kadang pagi-pagi kalau lambat saya beli kuih ja, makan sambil drive pegi kerja. T_T Terdetik juga dalam hati isshh aku ni pagi-pagi dah makan benda berminyak, manis segala. Tak baik untuk kesihatan ni, getus hati kecil ku..

Nasib baik saya cepat tersedar semasa masih kurus..hee.


Saya terfikir-fikir nak makan apa ye waktu breakfast? Nak cari makanan yang sihat, tak berlemak, berminyak dan manis.

Nak minum ESP, tapi saya tak lalu kalau minum macam tu je tak campur dengan apa-apa. Pagi-pagi selalunya nak cepat tak sempat nak bancuh campur-campur ni alasan ja lebih.

Jadi haritu ada promoo Cinch Shake. Yang best nya Cinch ni ada perisa chochlate, vanilla dan latte. Cinch ni lebih sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan.

Tapi disebabkan ada perisa chochlate saya pun nak try jugak la, sebab dia boleh dijadikan meals replacement jugak.

Ok la, kan saya tengah cari makanan untuk breakfast. Boleh la try Cinch Shake.


Eksaited masa beli tu. Bila dah minum.. Ya Allah..Sedapnya!!!! serious tak tipu. hurmm nyummehh!! Memang beza dengan ESP

Sedap rasa lemak-lemak susu chochlate tu. Tak rasa bertepung sangat pun..hee

Masa mula-mula try tu memang tak ambik makanan lain masa breakfast tu. Konon bajet boleh kenyang sampai waktu lunch la. Tapi dalam pukul 10 camtu rasa lapar jugak.

Hurmmm..takpa fikir positif, percaya pada product. Saya terus minum jugak cinch masa hari berikutnya tapi ditambah dengan makan dua tiga keping biskut wheat. Ok la, boleh tahan lapar sampai waktu lunch.

Minggu kedua makan, oemgeee tak lapar langsungggg walaupun tak makan biskut..Yeay!!menjadiii..Masa waktu lunch pun dah tak kebulur sangat nak makan nasi.hee.

Ok sekarang mari kita lihat kelebihan-kelebihan Cinch Shake yang lain.

16 Kelebihan Cinch Shake :

1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya

2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan

3.Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian

4. Meningkatan metabolisme badan

5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus

6. Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit

7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan

8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.

10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

16. Soya bukan GMO

Jom sapa nak try minum jugak dalam masa yang sama berkira-kira untuk turunkan berat badan.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkanya. Jom sama-sama Kurus dan Sihat


Terima Kasih

Wednesday, 27 May 2015

Percutian Ke Krabi : Phi Phi Island

Assalamualaikum.

Kali ni nak sambung pasal percutian ke Krabi haritu. Hari ketiga kami pergi island tour ke Phi Phi Island.

Entry sebelum ni :
Part I : Perjalanan dari penang
Part II : Naik gajah

Ok, tour ni start pkul 9 pagi. Ada kenderaan (tak tahu panggil apa) datang pick up kat guest house dan bawak kami ke Aonang Beach. Package ni kami beli dekat guest house tu ja. Harga TB900



Ini lah kenderaannya. Ini asalnya kereta siam yang dekat belakang terbuka untuk letak barang tu. Tapi depa modify pasang kayu-kayu buat dinding, bumbung dan tempat duduk. Panjang plak tu. Boleh muat dalam lebih kurang 30 orang jugak la. Siap tambah tayar lagi. Dari aspect safety aku rasa memang tak dititikberatkan langsung.

Masa jalan tu, kalau time kona ja kayu-kayu tu bunyi krekkk krekkk...kuat plak tu, scary angatt..haha. Rasa macam nak patah ja kayu tu.

Sampai dekat Aonang Beach, register nama dan naik speed boat.


Semua total kami pergi 4 pulau. Nama-nama dia aku dah tak ingat. Kesian dekat tour gide tu beria bagi taw nama pulau-pulau ni,tapi aku buat taktau ja..hee. Antara 4 pulau tu, dua tempat boleh turun snorkerling, satu turun main-main tepi pantai dan satu lagi turun makan dan jalan-jalan.



Gambar snorkerling takda. Tak mampu deknon nak beli camera canggih..kekeke.


Jumpa ikan sekoq pon excited nak ambik gambar..haha. Maklumla waktu snorkerling tak mampu nak ambik T_T


Mata tak larat nak celik. Panas!..pakai sunblock tebal 2 inci pun burn jugak muka..haha

Abaikan pemandangan dekat belakang tuh..hee




Gambar atas-atas ni dekat Maya Bay, ak ingat pun sebab ada kat tulisan tu..hahaha. Serius cantik pantai dia, crystal clear (over ja ayat!!) air dia. Nampak pasir-pasiran nan keputihan..

Last stop kami dekat Mayada beach. Dekat sini macam ada perkampungan. Ada banyak jugak tempat makan. Yang muslim pun banyak. Pakej kami ni sekali dengan lunch. Nasib baik lunch dekat tempat muslim. Diorang yang masak ni kebanyakkan dari Pattani, jadi memang sedap la makanan tu..Tomyam dia..perghhh!!


Makan sampai licinn..Nampak sangat kebuluq, letih semua ada. Masa ambik makanan tu memang ikut nafsu tamak haloba dah. Lepastu baru sedaq 'eh banyak pulak aku ambikk', bajet tak boleh habis lettewww. Sekali nah licinnn..hehe. Siap p tambah lagi.. T_T


Lepas makan jalan-jalan sekitar pantai tu, mat saleh ajak kami selfie. Tunggu lagii, terus la sua muka..ekeke. Sebenarnya dalam speedboat lagi kami duk sembang ngan mat saleh ni. Sorang nama carlos, sorang lagi entah apa nama dia aku tak boleh tangkap apa dia sebut. Yang aku dengar go ja kat belakang. pastu aku tanya tak boleh ke panggil nama singkatan ja, panggil 'go'. pastu terus kawan-kawan aku ni gelak, dia pulak diam ja..taktau faham ke tak..bahaha. English dia tak ok sangat sebab dia orang Spain.


Cubaan ambik gambar melompat akhirnya berjaya. Good job Miss Camerawoman..hee.

Lepas dah habis jalan-jalan dekat situ, tiba masa untuk pulang. Sampai ke Aonang dalam pukul 4 macam tu la. Pastu naik lagi kereta tadi balik guest house. Selesai sudah tour untuk harini.. Kesannyaaaa berbelang muka. Takpa pengalaman menyeronokkan tu yang penting, muka boleh ok makan QU PUTEH..ekeke.


Terima Kasih

Monday, 25 May 2015

Percutian ke Krabi - Hari Kedua

Assalamualaikum.

Kali ni nak sambung dari entry sebelum ni iaitu Perjalanan ke Krabi dari Penang.

Disebabkan kami sampai petang tu lambat, kawan-kawan yang dari KL dah beli package untuk ke Hot Spring, Emerald pool dan naik gajah beharga TB120.
Diorang suruh kami beli yang package yang sama, tapi malam kedai tu dah tutup.

So pagi-pagi masa van datang pick-up tu tanya driver ada kosong ke tak lagi. Malangnya dah penuh. Jadi terpaksalah berpisah.


Fefeeling kat Korea ambil gambar tengah jalan dengan cuaca yang redup dan jalan yang tenang..hikhok, padahal banyak ja kereta yang lalu lalang dekat situ duk hon banyak kali..haha. Depa hon bukan sebab kami duk atas jalan raya, tapi hon kot-kot la kami perlukan transport untuk pegi mana-mana. Nampak sangat macam takdak tujuan. Tapi memang pon, duk tengah pikiaq. T_T

Jadi aku dengan lagi sorang kawan yang dari Penang ni, beli la package lain. Kalau nak beli yang sama memang dah takda sebab tour tu memang start awal dan kena beli sehari sebelum. Kami pegi naik gajah ja. Itu jela pilihan yang best yang ada pun. Harga TB50


Masa mula-mula naik, gajah ni tak mau jalan. jenuh orang tu pukul-pukul marah-marah. Kesian kat gajah tu..hihi.

Nampak macam rilek-rilek ja naik gajah kan. Padahal rasa macam nak luruh jantung..haha. Kawasan tu macam berbukit sikit, tanah dia tak rata. Rasa macam naik roller coaster ja tapi versi slow..haha.mengarut!.


Masa ni orang yang bawak gajah tu suruh kami bawak (tak tahu perkataan apa yang sesuai) sendiri. Kawan aku ni buat berani pulak..haha. Risau gak weiii..buat nya gajah tu jatuh terhempap kami nanti..ngeri pulak bila pikiaq. Tapi so far so good la, berjaya turun dengan selamatnya..hee.


Malu gajah ni orang tengok dia mandi.


Lepas habis naik gajah, kami bagi dia makan pulak. Sian dia letih bawak kami jalan-jalan dalam hutan..ekeke.Nampak belalai saja pun jadi la.

Selesai bab gajah, dah tiba masa untuk pulang. Tapi awal lagi masa tu dalam pukul tiga, macam boring pulak kalau balik hotel. Jadi kami mintak driver van untuk hantar kami ke Ao Nang tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Petang tu jalan-jalan la tepi pantai sambil mencuci mata tengok orang bercanda alam ciptaan Allah S.W.T.


Malam tu kami jalan-jalan dekat night market. Night market ni ada hari jumaat,sabtu dan ahad ja. Malam lain memang sunyi Krabi town ni.

Gambar suasana kat night market takda la pula..tapi lebih kurang kat Malaysia je la cuma makanan ja tak sama. agak susah juga nak jumpa makanan halal. Asal jumpa orang yang pakai tudung jual tu kami consider halal la..haha. Tapi memang tak banyak. yang dijual pun tak menarik.

Kalau nak cari souvenier memang kat sini murah dan banyak.


Inilah hasil tangkapan untuk di makan pada malam tu. Beli kat seven eleven ja. Asal ada logo halal kami rembat..haha. Kenyang perut suka hati, mata pun berat. Apalagi upload satu gambar dulu kat insta (perlu ka?) pastu tidoq..hee.

Sambungan...
Part III - Phi-Phi Island
Terima Kasih

Percutian ke Krabi : Perjalanan dari Penang

Assalamualaikum.

Dah lama plan nak pegi Krabi, at last jadi la jugak. Selalunya asyik plan ja lebih jadinya tak pongg..haha.

Mulanya ramai yang nak join, tapi semakin dekat nak pegi sorang demi sorang tak jadi ikut. So kami berlima ja pegi. Aku dengan lagi sorang kawan pegi dari Penang yang lagi tiga orang naik flight dari KLIA.

Yang diorang dari KL memang dah booked tiket flight dari awal lagi. Kami dari penang ni punya la wat lek ja tak beli apa-apa tiket pun. Sebab cadangnya nak guna jalan darat je. So, kami pun start la baca-baca blog orang yang tulis pasal ke krabi guna jalan darat ni.

Esoknya nak pegi tu baru la pegi survey tiket. Mulanya tengok tiket train, pastu pegi station bas pulak cari tiket. Lepas compare harga kami pun decide nak naik van ke Hatnyai. Dari penang ke Hatnyai takda bas ye. Harga tiket RM 35. Van ada pkul 6, 9 dan 11 kalau ak tak silap. Kami ambil pukul 6 punya. Yakin sangat boleh bangun awal.. T_T

Nasib baik subuh awal sikit. Kelang kabut jugak la nak sembahyang pagi tu dekat station bas. Yang driver van ni dah start call dah..

Dalam 6 suku baru bertolak dari penang. Lepas tu berhenti dekat Bukit kayu hitam untuk cop passsprt.


Dulu-dulu tengok van macam ni seram ja, konon-konong orang kata van ni bawa lari orang dan jual kat siam..haha.


Agak renyah sebenarnya naik van ni, sebab asyik kena turun naik van sampai tiga kali. Mula-mula dekat Bukit Kayu Hitam, pastu dekat sempadan Malaysia, dan last dekat sempadan Thailand untuk cop passport.

Kami sampai Hatnyai lebih kurang pukul 11.30 (Jam Thailand). Dari Hatnyai naik van lagi sampai ke Krabi. Harga tambang TB290. Sampai Krabi dalam pukul empat macam tula. Lama gilaa..T_T. Tapi van ada berhenti dekat RnR Songkla. Dekat situ ada kedai Muslim, surau semua ada la.

Sebenarnya van tu tak hantar kami ke Krabi Town pon. Entah nama pa tak taw tempat yang dia drop tu. Dari situ terpaksa naik Teksi ke Guest House dekat Krabi Town. p/s : Better dekat Hat Yai tanya betul-betul which area dekat krabi yang van tu akan hantar.

Kami stay dekat PN Guesthouse. Booked dekat agoda. 2 orang satu bilik, RM65/person untuk 3 malam. Murah kan?hee..kena selalu tengok dan cari dekat agoda la.


Memang puas hati la dengan bilik dia. Toilet pun bersih.

Hotel dekat Krabi Town murah sikit compare dengan dekat Ao Nang beach. Tapi Krabi Town tak 'hidup' sangat la. Kalau nak buat aktiviti memang semua dekat Ao Nang. So, memang kena pegi Ao Nang jugak.

Jangan risau kalau kita beli package tour dekat Krabi town memang dah include dengan pickup dari hotel ke Ao Nang. kita tak perlu naik teksi sendiri ke Ao Nang pun. Harga package pun sama juga dengan harga dekat Ao Nang.

Ok, dah habis entry perjalan. Nanti sambung pula aktiviti dekat sana.

Sambungan
Part II - Naik Gajah
Part III - Phi Phi Island
Terima Kasih

Friday, 22 May 2015

ebook Percuma: TIPS PERNIAGAAN ONLINE

Assalamualaikum,


Harini, saya nak share sesuatu yang sangat istimewa dengan anda semua.

Tapi, sebelum saya berbicara lebih panjang lebar, izinkan saya bertanya 4 soalan kepada anda:

1. Adakah perlaksanaan GST sekarang ini memberi kesan kepada hidup anda?
2. Adakah anda mahu membaca kisah kejayaan seorang ‘engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes?
3. Adakah anda mahu tahu peluang-peluang bisnes yang mudah dijalankan di Malaysia?
4.Adakah anda mahu tahu tips bagaimana untuk berjaya dalam bisnes dengan mudah?

Jika kesemua jawapan anda “Ya”. Izinkan saya berkongsi dengan anda sebuah EBOOK yang istimewa.

“Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”


Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook luar biasa. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.

Bacalah, hayatilah kisah susah payah perjuangan seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

Bukan mudah untuk berjaya!!! Kejayaan usahawanita ini pasti menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.

Di dalam ebook ini ada dikongsikan kepada anda semua, untuk berjaya dalam perniagaan, anda sebenarnya tak memerlukan modal yang besar. Anda tak perlu memiliki kilang yang besar. Anda tak perlu memiliki pekerja yang ramai.

Apa yang anda perlukan? Cukuplah jika anda mempunyai HATI YANG KENTAL, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan Nya.

Sekiranya anda mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!

Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua. Apa yang lebih menarik, Ebook ini ditulis berdasarkan perspektif Islam bagaimana untuk memulakankan sesuatu perniagaan.


Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Dapatkan EBOOK ini secara percuma di : ebookniaga.com/sorryboss/shahidanajwa



Jika tidak keberatan, saya mohon agar anda dapat SHARE entry ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.


Wassalam.
Terima Kasih

Tuesday, 19 May 2015

PERCUMA Multivitamin PERTAMA di Dunia

Assalamualaikum.

Semoga anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T.

Best kan dapat benda PERCUMA!!..

Saya memang excited kalau dapat barang percuma ni..hee. Kalau pergi shopping tengok ada barang yang kalau beli dapat FREE GIFT memang saya excited. Kadang tu sampai pujuk-pujuk macam paksa pun ada kawan-kawan ajak beli sekali sebab nak free gift tu..haha

Yela nak dapat hadiah percuma kan kena la beli sesuatu dulu, selalunya memang kena beli lebih daripada satu. Itula sampai paksa kawan beli sekali tapi saya yang ambik free gift tu..hee.

Best ke Best dapat barang percuma nih? Sapa yang tak nak kan?

VITA-LEA Multivitamin PERTAMA PERCUMA!

Sempena menyambut ulangtahun 100 tahun VITA-LEA, Shaklee berbesar hati untuk beri sebotol VITA-LEA berharga RM94 secara PERCUMA kepada semua ahli baru yang mendaftar dalam bulan May 2015.

Syaratnya mudah saja. Daftar sebagai ahli RM69 dan beli sebarang produk Shaklee. Thats it! Anda dah pun dapat PERCUMA SEBOTOL VITA-LEA.


Best kan? untungnya lahai sesiapa yang register ahli shaklee bulan MEI ni. Ia memang rezeki anda yang belum mendaftar lagi.

SEJARAH VITAMIN

Mesti ramai tak tahu. Perkataan VITAMIN diambil daripada Multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915, iaitu sejak 100 tahun lalu!!

Vita-Lea la vitamin yang dimaksudkan tu. Asalnya ia dinamakan SHAKLEE VITALIZED MINERALS. Sejak itulah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama.


Yang paling menarik, masa tu Dr Shaklee baru berumur 21 tahun. Hebat kan?
Anda boleh baca kisahnya di bawah ini.


APA KELEBIHAN VITA-LEA NI?

Syukur Alhamdulillah, Kalau tak disebabkan Shaklee sangat menitik beratkan aspek KEASLIAN dan MUTU yang sangat bagus, ditambah pula dengan sokongan KAJIAN SAINS, takkan Vita-Lea ini boleh bertahan sehingga 100 tahun kan?


Memang vitamin lengkap la vita-lea ni, ada sampai 28 jenis vitamin dalam satu pil je. Terbaik sangat ni. Wahh..kagum-kagum..

So, apa tunggu lagi bagi yang tak pernah try vita-lea ni? memang peluang terbaik untuk dapatkan vitamin yang sangat hebat dan berkualiti dan percuma pulak tu.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkanna.. Terima Kasih sudi baca.


Terima Kasih

Friday, 3 April 2015

Atasi Sifat Malu Nak Berbisnes

Assalamualaikum.

Semoga anda yang sedang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T.

Saya percaya ramai yang ingin buat bisnes. Tapi perkara utama yang menjadi penghalang adalah perasaan MALU. Ada tak yang pernah rasa macam ni?

Biasanya kita malu untuk memberitahu secara bersemuka kepada rakan atau orang ramai tentang barangan yang kita jual.

Sebenarnya, saya pun malu nak berbisnes. In fact saya memang pemalu orangnya, tapi dengan orang yang tak kenal jela. Muntah pulak kawan-kawan rapat saya kalau dapat tahu saya cakap saya ni pemalu.haha


Sekarang ni saya tengah belajar cara membuat bisnes dengan mentor saya. Saya diajar untuk buat Online Marketing. So, mestilah kena guna medium Facebook untuk berbisnes. Blog ni pun salah satu caranya jugak.

Masalahnya sekarang saya ni pemalu. Self-confident rendah pulak tu. Boleh bilang dengan jari berapa kali je saya update status dekat facebook.

Takkan tiba-tiba pulak nak post macam-macam pasal bisnes kat facebook? Lama jugak saya fikir pasal malu ni.

Saya tanya mentor saya pasal ni, mentor saya cakap kalau kita malu nak berbisnes rezeki pun akan malu datang dekat kita. Tersentap sekejap.

Jadi sekarang tindakan saya adalah saya wajib pecahkan tembok malu dan takut untuk berbisnes dalam facebook dan medium social yang lain.

Bila difikirkan balik “kenapa kita hendak malu? Kita mencari rezeki Allah dengan cara yang betul.” Tak perlu risau apa orang kata sebab mereka tak tolong kita dalam mencapai impian dan cita-cita kita pun.

Kalau ada yang masih malu atau takut, cuba tanya diri 'Impian saya lagi besar atau 'pandangan manusia' lagi besar?'


Jika ada yang malu juga untuk berbisnes, mari kita fikirkan sejenak point di bawah ini: (Sumber : Majalah Niaga)

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.
Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.

“9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w

3. Perniagaan dapat membantu tambah nilai dalam hidup orang lain.
Niat kita berbisnes supaya kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain. Niat untuk lebihkan bersedekah dan zakat. Renungkan, dengan hidup sekarang mampu ke kita bagi manfaat kepada hidup orang lain.


Ok sekarang saya nak share Tips untuk mengatasi rasa malu nak berbisnes.

1. Berdoalah kepada Allah dengan doa yang specifik.
Contohnya, 'Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk aku menjalankan bisnes, kurangkan rasa malu aku dan berikan keyakinan diri yang mantap kepadaku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong'.

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.Tentukan minat anda.

3. Yakin dengan bisnes / produk yang hendak diusahakan. Tambahkan ilmu produk,belajar cara marketing. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab. Pastikan ada mentor untuk di rujuk ye.

4. Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang diluar kebiasaan. Keluar dari zon 'selesa' sekarang.

5. Baca dan dengar pengalaman orang lain. Sebenarnya ramai yang berjaya sekarang ada sifat malu pada permulaannya,tetapi mereka cabar diri buang sifat malu dan rasa takut untuk berbisnes. Baca kisah macam mana mereka bertindak.

Diharapkan apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak membuka dan mengubah minda anda tentang bisnes. Saya doakan anda kaya dan berjaya.



Ingin menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Terima Kasih

Wednesday, 1 April 2015

Tindakan Disebabkan GST

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca entry ini sentiasa dibawah limpah rahmat Allah S.W.T.

Apa kesan GST kepada anda setakat hari ini?..hee

Memandangkan saya baru sahaja memulakan bisnes, saya ada juga terfikir 'ada lagi ke orang nak beli apa yang aku jual ni?' 'semua orang nak berjimat kot sekarang ni'..eh!! macam-macam lagi la saya fikir.

Kalau asyik berfikir dan berprasangka negatif je memang tak ke mana la kan? Jadi stop berfikir dan mulakan tindakan sekarang. Rezeki Allah sentiasa ada seperti ikan dilautan takkan pernah habis.

Pagi ni, 1 APRIL 2015, saya ada terima write-up dari kawan saya seperti bawah ni tentang GST. Terus terbuka minda saya tentang luasnya rezeki Allah ini. Jemput baca ye.
========================================================================================

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

=======================================================================================


Sekarang ni kita hanya ada dua pilihan,

1. Kurangkan perbelanjaan
2. Tambahkan pendapatan.

Ramai yang bagi cadangan buat la bisnes, apa-apa bisnes pun tak kisahla. Janji halal la kan.

Cari side income untuk dapatkan duit lebih. Takkan nak merayu dekat bos suruh naikkan gaji pulak, memang kirim salam la..haha.

Tapiiii yang penting belajar dulu buat bisnes. Tak boleh main hentam, peluang untuk rugi memang besar. Dah la kena GST rugi pulak tu..aduhaii.

Belajar lah ILMU bisnes dari MENTOR yang telah terbukti berjaya, insyaAllah anda terpaksa berjaya.

p/s : Saya dah jumpa mentor saya yang hebat dan telah berjaya, jadi kalau anda rasa nak belajar juga dari mentor saya jangan segan silu hubungi saya. Terima Kasih.



Ingin menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!







Terima Kasih

Tuesday, 31 March 2015

Pengaruh Kawan dan Orang Sekeliling untuk Berubah

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T

Pernah dengar tak orang cakap kawan-kawan mencerminkan peribadi sebenar kita. Betul, kawan-kawan sebenarnya bawa pengaruh yang sangat besar kepada diri kita. Terpulang kepada diri dan iman sendiri nak menilai mana yang baik dan tak baik untuk kita ikut.


Saya dibesarkan di dalam keluarga yang sangat mementingkan agama Islam. Memang dari kecil saya di ajar sembahyang, mengaji, pakai tudung dan sebagainya.

Saya ingat lagi masa pra-sekolah cikgu mintak saya tolong ajarkan kawan-kawan mengaji..hee. Yela, masa tu saya seorang ja dah nak habis baca IQRA' 6. Itula pasal cikgu suruh ajar kawan-kawan lain yang baru belajar mengaji.

Tapi bila dah besar, masuk asrama, masuk universiti mula la terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dari kawan-kawan. Bukan nak kata kawan-kawan saya ni teruk. Biasala jiwa muda remaja kan?

Saya mula berubah dari segi pemakaian, bukan bermaksud seksi (ooppss) tapi boleh dikira tidak menjaga aurat dengan sempurna la.

Pergi masjid untuk solat berjemaah dan dengar tazkirah memang jarang sekali. Yela, dah kawan-kawan saya jenis yang tak buat semua tu. Tapi, Alhamdulillah solat tak tinggallah. Cuma takda pengisian rohani la, buat apa yang wajib ja. Bab nak perbaiki iman jauh sekali.

Masa final year degree, saya mula tersedar dari segala kejahilan ni. Maybe sebab stress dengan final project, thesis dan exam kot, baru nak ingat Allah kan.

" Ya Allah. Temukanlah aku dengan orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertakwa"

Ya. Inilah doa yang selau saya baca pada masa tu. Padahal masa tu saya tak nampak ada siapa antara kawan-kawan saya boleh membawa saya lebih dekat dengan Allah.

Tak lama selepas tu, ada housemate saya tiba-tiba ajak pergi masjid. Serius, saya sangat terkedu dan terkejut masa tu. Dalam hati cakap 'Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku'.

Housemate yang ajak saya tu pun bukannya kaki masjid ataupun geng-geng tudung labuh ni. Itu yang saya terkejut. Rupa-rupanya housemate saya pun tergerak hati juga untuk berubah. kebetulan kawan dia ajak pergi dengar tazkirah dekat masjid negeri, itu yang dia ajak saya sekali.

Jadi, lepas dari haritu kami selau la pergi masjid dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan sekitar shah alam. Bulan puasa pun pergi terawih setiap malam.

Bila dah habis degree masing-masing bawa haluan dengan kerjaya masing-masing.

Yang sedihnya saya dah tak jumpa kawan seperti housemate saya ini. Saya mula berbalik ke kehidupan sebelum ni. Takda lagi pergi masjid, dengar ceramah, baca quran pn jarang.

Bila dah setahun kerja saya mula tersedar balik, tapi saya takda kawan nak teman pergi masjid semua. Biasala perempuan kan. Buat apa semua nak kena berteman.

Mungkin ada yang cakap, alah baca jela buku-buku agama kan lagi senang. Memang betul saya pun ada juga baca buku-buku agama ni. Tapi tak sama baca buku dengan kita berada dalam majlis ilmu tu senndiri. Mungkin atas keberkatan guru agaknya.

Suatu hari saya tergerak hati nak cari info pasal majlis ilmu dan aktiviti keagamaan area pulau pinang. Saya pun search la di Facebook. Sekali, terus jumpa Facebook page Majlis Ilmu Pulau Pinang. Ya Allah! Sekali lagi Allah perkenankan doa saya dan mudahkan urusan saya ke arah mendekatkan diri kepadaNya.

Mula haritu saya pun pergi la masjid kalau ada ceramah agama, forum dan sebagainya. Tapi tak selalu sangat sebab takde kawan yang temankan. Alasan sangat kan?

Pada masa yang sama saya teruskan berdoa supaya Allah temukan saya dengan orang yang boleh merubah saya ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dalam tengah dok berdilema pasal kerjaya saya sekarang ni, tiba-tiba saya dipertemukan dengan sekumpulan insan yang sangat positif dan bermotivasi dan mentor yang sangat hebat. Mereka ialah.....
.
.
.
.


Alhamdulillah, syukur sangat Allah temukan saya dengan insan-insan hebat ini. Bukan setakat di ajar untuk memperbaiki kehidupan dunia sahaja, malah soal agama dan akhirat juga dititikberatkan.

Kini saya dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingatkan saya untuk bangkit dan berubah menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa memberi nilai kepada hidup orang lain juga. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah atas pertemuan ini.

"Alang-alang hidup biar jadi Jutawan"

"Alang-alang jadi Jutawan biar jadi Jutawan bertakwa"


Aminnn. Ya Allah. Saya doakan anda kaya dan berjaya!!











Terima Kasih

Tuesday, 24 March 2015

ESP Sumber Protein Terbaik!!

Assalamualaikum.

Semoga anda yang membaca blog ini berada di bawah limpah rahmat Allah S.W.T.

Kali ini saya nak share tentang kelebihan ESP (Energising Soy Protien) Shaklee. Memang dah ramai orang tahu dan rasai kebaikan ESP ni. Tapi saya nak share jugak kebaikan dia, yang penting dengan cara saya sendiri..hee.

Malas taip punya pasal, just google 'esp' bajet famous gila ESP ni dan takde benda lain yang sama nama dengannya, sekali keluar gambar bawah ni..haha


Ok, back to Energising Soy Protein Shaklee. Apa sebenarnya ESP ni?

Semua tahu kan protein merupakan salah satu sumber nutrisi yang diperlukan oleh badan. Energising Soy Protien (ESP) Shaklee ialah serbuk protein yang di extract dari non GMO kacang soya yang berkualiti tinggi.

ESP adalah satu-satunya serbuk protein dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.



Apa yang istimewanya sangat ESP ni? Apa kelebihan yang ESP ada? tak cukup lagi ke kita makan ayam, daging, telur untuk sumber protein??

Kita bila fikir protein je, mesti nampak ikan, daging, ayam dan telur saja kan? eh ke saya sorang ja fikir camtu?hee..

Padahal kita boleh juga dapatkan sumber protein dari kekacang dan bijirin.

Tak dinafikan, kita memang perlukan ayam,ikan dan daging untuk mendapatkan sumber protein yang lengkap. Tetapi jika nak dibandingkan dengan protein soya, ayam dan daging mempunyai kalori dan kandungan lemak yang tinngi.

Ini tak termasuk lagi pasal ayam tak organik, cucuk dan sebagainya..tssk. Ikan pun saya dengar cerita berbulan-bulan diorang simpan dalam kapal sebelum sampai kat pasar. ok stop pasal ayam dan ikan nanti ada pulak orang takut nak makan..haha.


see..hanya minum segelas ESP yang sumbernya dari kacang soya dah dapat khasiat berapa kali ganda protein dari daging, susu dan telur. Jadi, anda nak cuba ke nak ESP ni?

Kelebihan protein soya ni ialah dia mempunyai kandungan fiber dan air yang membuatkan kita rasa kenyang dengan cepat. Lagipun proses penghadaman soya berlaku secara perlahan-lahan jika dibandingkan dengan daging.

Sebab tula kalau makan ESP ni kita tidak akan mudah lapar dan dalam masa yang sama boleh la kurangkan pengambilan kalori. Bagus ke bagus ESP ni?

Bonus boleh kurangkan berat badan lagi..hee.best kan?

Siapa yang perlukan ESP ni?

1. Sesiapa yang mempunyai masalah kulit wajah yang kusan, parut jerawat dan tona tidak sekata.

ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan, dan mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping itu, ESP memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Rambut sering gugur

Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain.
Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesaikan masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam.

3. Cepat penat dan tak bertenaga jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu,pekerja

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya

4. Menyusu atau hamil

Protein sangat penting untuk perkembangan otak bayi, pembentukan otot dan untuk antibodi badan si ibu.

5. Cepat lapar atau asyik nak mengunyah dan ingin menurunkan berat badan

Protein soya di dalam ESP ini mempunyai kandungan fiber dan air yang membuatkan kita rasa kenyang dengan cepat. Tambahan pula, proses penghadaman soya berlaku secara perlahan-lahan jika dibandingkan dengan daging. Ini menyebabkan kita tidak akan mudah lapar dan dalam masa yang sama boleh membantu kurangkan pengambilan kalori.

8. Gastrik

ESP ini kaya dengan kacang soya terpilih dan berkualiti, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut yang menjadi penyebab gastrik.

Sekarang ni mari kita tengok antara testimoni ESP Shaklee ni.











Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign