Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T
Pernah dengar tak orang cakap kawan-kawan mencerminkan peribadi sebenar kita. Betul, kawan-kawan sebenarnya bawa pengaruh yang sangat besar kepada diri kita. Terpulang kepada diri dan iman sendiri nak menilai mana yang baik dan tak baik untuk kita ikut.
Saya dibesarkan di dalam keluarga yang sangat mementingkan agama Islam. Memang dari kecil saya di ajar sembahyang, mengaji, pakai tudung dan sebagainya.
Saya ingat lagi masa pra-sekolah cikgu mintak saya tolong ajarkan kawan-kawan mengaji..hee. Yela, masa tu saya seorang ja dah nak habis baca IQRA' 6. Itula pasal cikgu suruh ajar kawan-kawan lain yang baru belajar mengaji.
Tapi bila dah besar, masuk asrama, masuk universiti mula la terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dari kawan-kawan. Bukan nak kata kawan-kawan saya ni teruk. Biasala jiwa muda remaja kan?
Saya mula berubah dari segi pemakaian, bukan bermaksud seksi (ooppss) tapi boleh dikira tidak menjaga aurat dengan sempurna la.
Pergi masjid untuk solat berjemaah dan dengar tazkirah memang jarang sekali. Yela, dah kawan-kawan saya jenis yang tak buat semua tu. Tapi, Alhamdulillah solat tak tinggallah. Cuma takda pengisian rohani la, buat apa yang wajib ja. Bab nak perbaiki iman jauh sekali.
Masa final year degree, saya mula tersedar dari segala kejahilan ni. Maybe sebab stress dengan final project, thesis dan exam kot, baru nak ingat Allah kan.
" Ya Allah. Temukanlah aku dengan orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertakwa"
Ya. Inilah doa yang selau saya baca pada masa tu. Padahal masa tu saya tak nampak ada siapa antara kawan-kawan saya boleh membawa saya lebih dekat dengan Allah.
Tak lama selepas tu, ada housemate saya tiba-tiba ajak pergi masjid. Serius, saya sangat terkedu dan terkejut masa tu. Dalam hati cakap 'Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku'.
Housemate yang ajak saya tu pun bukannya kaki masjid ataupun geng-geng tudung labuh ni. Itu yang saya terkejut. Rupa-rupanya housemate saya pun tergerak hati juga untuk berubah. kebetulan kawan dia ajak pergi dengar tazkirah dekat masjid negeri, itu yang dia ajak saya sekali.
Jadi, lepas dari haritu kami selau la pergi masjid dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan sekitar shah alam. Bulan puasa pun pergi terawih setiap malam.
Bila dah habis degree masing-masing bawa haluan dengan kerjaya masing-masing.
Yang sedihnya saya dah tak jumpa kawan seperti housemate saya ini. Saya mula berbalik ke kehidupan sebelum ni. Takda lagi pergi masjid, dengar ceramah, baca quran pn jarang.
Bila dah setahun kerja saya mula tersedar balik, tapi saya takda kawan nak teman pergi masjid semua. Biasala perempuan kan. Buat apa semua nak kena berteman.
Mungkin ada yang cakap, alah baca jela buku-buku agama kan lagi senang. Memang betul saya pun ada juga baca buku-buku agama ni. Tapi tak sama baca buku dengan kita berada dalam majlis ilmu tu senndiri. Mungkin atas keberkatan guru agaknya.
Suatu hari saya tergerak hati nak cari info pasal majlis ilmu dan aktiviti keagamaan area pulau pinang. Saya pun search la di Facebook. Sekali, terus jumpa Facebook page Majlis Ilmu Pulau Pinang. Ya Allah! Sekali lagi Allah perkenankan doa saya dan mudahkan urusan saya ke arah mendekatkan diri kepadaNya.
Mula haritu saya pun pergi la masjid kalau ada ceramah agama, forum dan sebagainya. Tapi tak selalu sangat sebab takde kawan yang temankan. Alasan sangat kan?
Pada masa yang sama saya teruskan berdoa supaya Allah temukan saya dengan orang yang boleh merubah saya ke arah kehidupan yang lebih baik.
Dalam tengah dok berdilema pasal kerjaya saya sekarang ni, tiba-tiba saya dipertemukan dengan sekumpulan insan yang sangat positif dan bermotivasi dan mentor yang sangat hebat. Mereka ialah.....
.
.
.
.
Alhamdulillah, syukur sangat Allah temukan saya dengan insan-insan hebat ini. Bukan setakat di ajar untuk memperbaiki kehidupan dunia sahaja, malah soal agama dan akhirat juga dititikberatkan.
Kini saya dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingatkan saya untuk bangkit dan berubah menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa memberi nilai kepada hidup orang lain juga. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah atas pertemuan ini.
"Alang-alang hidup biar jadi Jutawan"
"Alang-alang jadi Jutawan biar jadi Jutawan bertakwa"
Aminnn. Ya Allah. Saya doakan anda kaya dan berjaya!!
No comments:
Post a Comment