Thursday, 19 March 2015

Kenapa Kita Perlukan Supplement

Assalamualaikum

Semoga anda yang membaca entry ini dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah S,W.T



Haa..kita bagi gambar dulu sebagai intro. Apa itu supplement? eh! ada yang tahu ke apabenda supplement nih?. macam pelik je kalau tak tahu..hee. Supplement ni kira macam makanan tambahan yang terdiri daripada vitamins, minerals, fiber, amino acid, dan fatty acids. Kalau ada yang tak tahu apa benda saya tulis ni, rajin-rajinlah buka buku sains SPM balik ye..hee..ok gurau,tak lawak, google je lagi senang.

Kenapa kecoh sangat sana sini orang cakap pasal pengambilan supplement nih? Penting sangat ke kena makan supplement ni? ok, baca dulu apa saya nak tulis kat bawah ni ye, pastu terpulang pada anda nak rasa penting ke penting ambil supplement ni.

1. Supplement Mencukupkan Nutrients yang Diperlukan oleh Badan

Apa tujuan kita makan sebenarnya? Tentula nak dapatkan nutrisi dan tenaga untuk badan kita supaya kita dapat menjalankan kehidupan dengan baik kan. Tapi kalau kita makan makanan yang tak seimbang nutrisi,mempunyai tinggi lemak dan kolestrol boleh ke kita dapat segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita?

Makanan kat Malaysia ni memang cukup lemak,manis, masin semuanya baru lah umpphh sedapp. Badan dan perut pun sedap jugakla menternak lemak dan penyakit.

Kalau yang makan processed food dan fast food lagi la. Entah ada ke tak khasiat kat dalam makanan tu. Perasa tambahan, pengawet, pewarna dan sebagainya memang dah sah ada . Kita pulak main makan je, asal kan boleh kenyang dan tak sakit perut. Tak terfikir pulak kesan jangka panjang apa akan jadi kalau kita makan makanan macam ni kan?.

So tugas supplements ni la yang akan mencukupkan dan membekalkan segala nutrients kepada badan kita.

A USDA survey showed that 37% of Americans don’t get enough vitamin C, 70% not enough vitamin E, almost 75% don’t get enough zinc, and 40% don’t get enough iron.I would say 100% of us don’t have enough of the basic nutrients to create optimal health or give ourselves a metabolic tune up. (Sumber ; http://drhyman.com/blog/2010/12/17/do-you-need-nutritional-supplements/#close)



2. Sumber Nutrients Semulajadi Tercemar

Jika kita amalkan makan makanan yang yang berasaskan tumbuhan seperti nasi (dalam kuantiti yang betul), syur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya memang bagus untuk kesihatan. Tapi pernahkah kita terfikir dari mana sumber makanan tersebut. Lain la kalau tanam sendiri belakang rumah kan?..hee.

Dalam dunia yang sempurna macam zaman dulu-dulu, takda sesiapa pun perlukan supplement. Cukup dengan hanya makan makanan semulajadi yang cukup nutrisi dan khasiat. Tapi dengan tekanan zaman moden sekarang ni, kualiti makanan semakin berkurang serta udara tercemar dengan toksik, bahan kimia dan radikal bebas, pengambilan supplement jadi sangat penting.

Makanan yang kita makan dah tak cukup untuk membekalkan optimum nutrient yang diperlukan oleh badan. Tumbuhan di tanam di atas tanah yang tercemar dan dan tidak mempunyai nutrien dan mineral yang cukup.

Pesticides, racun dan baja kimia digunakan untuk merawat pokok supaya pokok dapat hidup dengan sempurna. Ini menyebabkan nutrient dan phtonutrients semulajadi dalam tumbuhan berkurang. Dah tu macam mana nak cukupkan nutrient dalam badan manusia pulak kan?..Hurmm.


3. Kehidupan yang Sibuk dan Banyak Tekanan

Tak dinafikan orang sekarang ni ramai yang buzy, terkejar sini-sana, banyak komitmen dan menyebabkan hidup jadi stress, tidur tak cukup, senaman apatah lagi. Tak kurang jugak yang buat-buat buzy..hee.

Bahaya taw stress ni, ia boleh melemahkan badan dan immune sistem kita. Sesiapa yang dah ada penyakit tu memang akan jadi lebih teruk la. So, penyelesaiannya kena la amik supplement supaya badan kita cukup nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan sebaiknya. Takde la rasa penat dan stress pun akan hilang.


Cukup la tiga point yang saya stresskan di sini (eh, stress?kena mkn supplement nih). Ingat tau, supplement bukan macam ubat, bila sakit ja perlu makan. Kita perlukan supplement setiap hari untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Nutrients are not drugs and they don’t work as drugs do. They work with your biology by supporting normal enzyme function and biochemical reactions. Source: http://drhyman.com/blog/2010/12/17/do-you-need-nutritional-supplements/#close


Konklusinya, sudah tentu takda benda yang boleh ganti memakan makanan yang elok dan pengambilan diet yang sihat serta seimbang. Tapi dengan mengambil supplement yang berkualiti, sepenuhnya berasaskan tumbuhan semulajadi dan penanaman organik boleh bersama-sama membantu kita mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, jika kita masih sibuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian, malah melakukan tabiat buruk seperti skip waktu makan dan tidak mengambil sumber makanan organik, kita sangat perlukan supplement untuk tambah nutrisi yang tidak cukup di dalam badan kita.


Saya memilih supplement yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Produk Shaklee sememangnya dah terbukti secara klinikal dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dah tidak bertoksik. Buat la pilihan yang bijak dalam pemilihan supplement.

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan yang Hebat

* $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji

* Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga

* 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

* Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa

*54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign