Wednesday 1 April 2015

Tindakan Disebabkan GST

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca entry ini sentiasa dibawah limpah rahmat Allah S.W.T.

Apa kesan GST kepada anda setakat hari ini?..hee

Memandangkan saya baru sahaja memulakan bisnes, saya ada juga terfikir 'ada lagi ke orang nak beli apa yang aku jual ni?' 'semua orang nak berjimat kot sekarang ni'..eh!! macam-macam lagi la saya fikir.

Kalau asyik berfikir dan berprasangka negatif je memang tak ke mana la kan? Jadi stop berfikir dan mulakan tindakan sekarang. Rezeki Allah sentiasa ada seperti ikan dilautan takkan pernah habis.

Pagi ni, 1 APRIL 2015, saya ada terima write-up dari kawan saya seperti bawah ni tentang GST. Terus terbuka minda saya tentang luasnya rezeki Allah ini. Jemput baca ye.
========================================================================================

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

=======================================================================================


Sekarang ni kita hanya ada dua pilihan,

1. Kurangkan perbelanjaan
2. Tambahkan pendapatan.

Ramai yang bagi cadangan buat la bisnes, apa-apa bisnes pun tak kisahla. Janji halal la kan.

Cari side income untuk dapatkan duit lebih. Takkan nak merayu dekat bos suruh naikkan gaji pulak, memang kirim salam la..haha.

Tapiiii yang penting belajar dulu buat bisnes. Tak boleh main hentam, peluang untuk rugi memang besar. Dah la kena GST rugi pulak tu..aduhaii.

Belajar lah ILMU bisnes dari MENTOR yang telah terbukti berjaya, insyaAllah anda terpaksa berjaya.

p/s : Saya dah jumpa mentor saya yang hebat dan telah berjaya, jadi kalau anda rasa nak belajar juga dari mentor saya jangan segan silu hubungi saya. Terima Kasih.



Ingin menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!







Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign