Monday, 23 February 2015

Parasailing di Batu Feringghi, Pulau Pinang

Assalamualaikum.

Cuti Chinese New Year tahun ni aku habiskan masa dengan melakukan aktiviti extreme. Extreme la sangatt..hee. Antaranya ialah parasailing. Aku dengan kawan-kawan Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dah lama plan nak bercuti waktu CNY. Plan punya plan, at last kami decide nak pergi Gua Tempurung and jalan-jalan dekat penang je. 


      Ok kat entry ni aku nak cerita dulu pasal aktiviti parasailing. Tak pernah terfikir pun nak berparasailing ni, tapi bila sorang kawan aku ni bagitaw ada voucher parasailing murah harga RM49 instead of RM150 dekat groupon tiba-tiba teringin nak try. Mula-mula semua teragak-agak nak main ke tak sebab takut..Haha. Yela, masa aku google parasailing yang paling atas keluar pasal kes mati..haha. Mana tak cuak. Tapi dalam masa yang sama aku rasa macam nak cabar diri sendiri la pulak. Bila lagi kan nak buat benda-benda rare macam ni. Time bujang belum kawin ada anak ni la patut try semua aktiviti extreme ni kan. So, kami decide nak beli voucher tu dan nak try parasialing.Tapi tak semua la antara kami yang berani try, ada jugak yang tak berani tapi lepastu menyesal sebab ktorg yang naik parasailing ni cakap best!!!..Hehe.



Muka excited takdak rasa takut sebab aku orang last dan dah tengok kawan-kawan aku yang lain landing dengan selamat dan bahagia..Haha.





Yang dah terbang ni gambar kawan aku sebenarnya, tengok warna tudung dan baju pn dah bleh taw..bhaha. Gambar aku di awang-awangan takdak so ambil gambar orang pn jadila. Best gila rasa angin kat udara, sejukkk sajaaa. Lebih kurang 20 meter jugak la aku terbang (ewah!!!) dari paras laut. Rasa mcm takmau turun. Dua minit sekejap sangat rasa bila kat atas tu.


       Yang tak bestnya pasal parasailing ni kami rasa ditipu. Ada hidden charge rupanya. Voucher tu untuk naik tanpa instructor. Boleh pilih nak naik sensorang or berdua, tapi tanpa instructor. Kalau nak instructor kena tambah RM30. Wohaa mahal kot bagi aku, Pastu ktorang decide taknak instructor, walaupun takut sebenarnya tetapi naik jela sorang pn..huhu.. Tiba-tiba ja diorang cakap angin kuat la bagai kena guna instructor jugak untuk tarik sail tu waktu nak turun, bahaya takut kitorang tak mampu lawan angin. Huh macam-macam la pulak. Terpaksa la guna instructor jugak, lepas nego dapatlah RM20 untuk instructor. Sekaliii lepas kitorang dah habis parasailing, tiba-tiba ada minah arab ni naik sorang-sorang. Boleh la pulakk??..Hurmm. 



Lepas dah terbang di awangan bersama parasailing kami pun bermandi-manda di pantai batu feringghi. Rasa tak puas pulak kalu pergi pantai tak mandi laut. Budak-budak sangat..haha.Lama gila kot tak mandi laut ni, duk penang saja aku ni. 

Ok, ni je kot pasal parasailing, kalau la aku kaya setiap minggu aku p main parasailing ni. Berangan jela.


Terima Kasih

2 comments:

  1. hi nak tanya you beli coupon tu dari mana? so total berapa inc instuctor tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli dekat groupon..total semua rm70

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign