Wednesday 18 March 2015

Grand Tour - Gua Tempurung Perak


Assalamualaikum.

Kali ni aku nak cerita pasal trip aku dan kawan-kawan ke Gua Tempurung,Perak. Kami bertolak dalam pukul 7 pagi melalui highway PLUS dari Penang then exit dekat tol Gopeng. Dalam 2 jam jugak la perjalanan. Dari tol gopeng ke gua tempurung tu dekat je lebih kurang 10 minit dah sampai. Senang sangat nak cari jalan, memang tak kan sesat la..hee.



Dah sampai kita bergambar la dulu ye. Asal plan nak join tour paling awal iaitu pukul 9, tapi kitorang sampai pkul 9 lebih. So, terpaksa la tunggu next tour sebab diorang nak kumpulkan lagi ramai orang untuk join sekali. Last tour pkul 11. Kalau ada sesape yang rancang nak pegi tu better datang awal sebab kalau lambat dah tak boleh masuk. Oh ye!, kitorang amik tour yang paling adventure iaitu Grand Tour. Boleh tgok pakej-pakej kat sini.


Lama jugak la kitorang tunggu sementara nak masuk dalam gua, siap sempat makan nasik lemak lagi. Kat luar area pintu masuk gua ada food court, boleh la breakfast kat sana bagi yang datang awal pagi tak sempat nak breakfast. Nasik lemak dia memang sedap..hee. Bagi yang nak amik grand tour macam kitorang, digalakkan makan makanan berat sebab memang perlukan banyak tenaga nak jelajah seluruh pelosok gua..haha.

Haaa..satu lagi better pakai kasut getah kalau nak masuk gua sebab kat dalam gua ada sungai dan banyak perjalanan yang kita terpaksa menyelusuri sungai. Kalau pakai kasut sukan yang material dia kain, nanti susah la nak jalan sebab kasut jadi berat penuh dengan air. Tapii jangan risau kat sana diorang ada sewakan kasut getah macam yang aku pakai dalam gambar atas. Sewa tiga ringgit bagi satu kasut. Pakai jela kasut tu dari takda kan..haha.


Ok,jom kita masuk gua. Dalam pukul 10.30 jugak la baru kitorang dapat masuk. Start masuk tu ikut track ada tangga. Penat jugak la naik turun tangga dalam gua tu. Nampak la segala stalactites, stalagmites bagai.


Masa mula-mula masuk tu tak gelap sangat lagi, bila dah semakin ke dalam memang sangat gelap. Setiap dua orang tu mesti kena ada satu torchlight ataupun headlamp. Kalau pegi ramai-ramai dalam satu group tu boleh la beratur selang-seli yang ada lampu dengan yang takde. Tak perlu pun semua orang kena ada lampu. Belakang kitorang dalam gambar atas ni ada batu-batu kristal, tapi tak boleh nampak plak dalam gambar.


Dah start dah adventure nya di sini bila kami mula turun sungai.. Terpaksa la merangkak, meniarap dan macam-macam gaya lagi la asal boleh lalu di celah-celah batu gua. Memang mencabar gila lah tapi seronok sangatt..hee. Yang tak best nya, bila dah sampai part penghujung nak keluar dari bawah batu ni, mula la diorang yang dah keluar awal percik-percik air kat kami yang baru nak keluar ni. haish..habis basah satu badan. Padahal tak kenal pun diorang semua tu, tapi percik air dekat orang mengalahkan dah kenal lama. Bising satu gua dengan suara orang yang duk percik-percik air tu. Tapi bila aku dah keluar aku pun percik jugak air kat orang selepas tu..hee,balas dendam. Untungla orang yang keluar awal.



Ini lagi satu part yang mencabar. Kena gelongsor turun bawah. Dah la curam. Memang kena gelongsor ikut lane yang betul, kaki kena lurus. Kalau tak, nanti tersasar ke tempat lain. Scary kan..hee, tapi jangan risau ada instructor standby kat bawah tahan dan sambut kaki kita bila dah nak sampai bawah.


Tadi kena gelongsor dari atas turun bawah, dahtu kena pulak turun dalam lubang bawah tanah pulak dah..haha. Nasib baik la instructor gagah lagi perkasa bagi pinjam peha untuk kitorang buat tangga..hee. Turun bawah jumpa sungai dan batu-batu lagi. Kena la merangkak, jalan itik segala lagi. Jalan punya jalan tetiba eh nampak cahaya matahari..dah keluar gua rupanya.



Kami budak Silat Cekak Pusaka Hanafi kalau bergambar tak buat gaya silat memang tak sah..haha. Lepas dah habis bergambar kat luar gua tu kena masuk dalam balik sebab tempat tu bukan jalan keluar tempat kami masuk tadi.


Lebih kurang tiga jam jugak la dalam gua. Ni gambar sebelum keluar,kat sini kami rilek-rilek dulu main air sebelum keluar. Best sangat air dia, sejuk dingin ja.



Muka bahagia, kepenatan, lapar semua ada lepas keluar dari gua. Serius best. Rugi kalau tak datang sini. Memang terisi masa cuti dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan pengalaman yang sangat berharga.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign