Tuesday 31 March 2015

Pengaruh Kawan dan Orang Sekeliling untuk Berubah

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T

Pernah dengar tak orang cakap kawan-kawan mencerminkan peribadi sebenar kita. Betul, kawan-kawan sebenarnya bawa pengaruh yang sangat besar kepada diri kita. Terpulang kepada diri dan iman sendiri nak menilai mana yang baik dan tak baik untuk kita ikut.


Saya dibesarkan di dalam keluarga yang sangat mementingkan agama Islam. Memang dari kecil saya di ajar sembahyang, mengaji, pakai tudung dan sebagainya.

Saya ingat lagi masa pra-sekolah cikgu mintak saya tolong ajarkan kawan-kawan mengaji..hee. Yela, masa tu saya seorang ja dah nak habis baca IQRA' 6. Itula pasal cikgu suruh ajar kawan-kawan lain yang baru belajar mengaji.

Tapi bila dah besar, masuk asrama, masuk universiti mula la terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dari kawan-kawan. Bukan nak kata kawan-kawan saya ni teruk. Biasala jiwa muda remaja kan?

Saya mula berubah dari segi pemakaian, bukan bermaksud seksi (ooppss) tapi boleh dikira tidak menjaga aurat dengan sempurna la.

Pergi masjid untuk solat berjemaah dan dengar tazkirah memang jarang sekali. Yela, dah kawan-kawan saya jenis yang tak buat semua tu. Tapi, Alhamdulillah solat tak tinggallah. Cuma takda pengisian rohani la, buat apa yang wajib ja. Bab nak perbaiki iman jauh sekali.

Masa final year degree, saya mula tersedar dari segala kejahilan ni. Maybe sebab stress dengan final project, thesis dan exam kot, baru nak ingat Allah kan.

" Ya Allah. Temukanlah aku dengan orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertakwa"

Ya. Inilah doa yang selau saya baca pada masa tu. Padahal masa tu saya tak nampak ada siapa antara kawan-kawan saya boleh membawa saya lebih dekat dengan Allah.

Tak lama selepas tu, ada housemate saya tiba-tiba ajak pergi masjid. Serius, saya sangat terkedu dan terkejut masa tu. Dalam hati cakap 'Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku'.

Housemate yang ajak saya tu pun bukannya kaki masjid ataupun geng-geng tudung labuh ni. Itu yang saya terkejut. Rupa-rupanya housemate saya pun tergerak hati juga untuk berubah. kebetulan kawan dia ajak pergi dengar tazkirah dekat masjid negeri, itu yang dia ajak saya sekali.

Jadi, lepas dari haritu kami selau la pergi masjid dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan sekitar shah alam. Bulan puasa pun pergi terawih setiap malam.

Bila dah habis degree masing-masing bawa haluan dengan kerjaya masing-masing.

Yang sedihnya saya dah tak jumpa kawan seperti housemate saya ini. Saya mula berbalik ke kehidupan sebelum ni. Takda lagi pergi masjid, dengar ceramah, baca quran pn jarang.

Bila dah setahun kerja saya mula tersedar balik, tapi saya takda kawan nak teman pergi masjid semua. Biasala perempuan kan. Buat apa semua nak kena berteman.

Mungkin ada yang cakap, alah baca jela buku-buku agama kan lagi senang. Memang betul saya pun ada juga baca buku-buku agama ni. Tapi tak sama baca buku dengan kita berada dalam majlis ilmu tu senndiri. Mungkin atas keberkatan guru agaknya.

Suatu hari saya tergerak hati nak cari info pasal majlis ilmu dan aktiviti keagamaan area pulau pinang. Saya pun search la di Facebook. Sekali, terus jumpa Facebook page Majlis Ilmu Pulau Pinang. Ya Allah! Sekali lagi Allah perkenankan doa saya dan mudahkan urusan saya ke arah mendekatkan diri kepadaNya.

Mula haritu saya pun pergi la masjid kalau ada ceramah agama, forum dan sebagainya. Tapi tak selalu sangat sebab takde kawan yang temankan. Alasan sangat kan?

Pada masa yang sama saya teruskan berdoa supaya Allah temukan saya dengan orang yang boleh merubah saya ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dalam tengah dok berdilema pasal kerjaya saya sekarang ni, tiba-tiba saya dipertemukan dengan sekumpulan insan yang sangat positif dan bermotivasi dan mentor yang sangat hebat. Mereka ialah.....
.
.
.
.


Alhamdulillah, syukur sangat Allah temukan saya dengan insan-insan hebat ini. Bukan setakat di ajar untuk memperbaiki kehidupan dunia sahaja, malah soal agama dan akhirat juga dititikberatkan.

Kini saya dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingatkan saya untuk bangkit dan berubah menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa memberi nilai kepada hidup orang lain juga. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah atas pertemuan ini.

"Alang-alang hidup biar jadi Jutawan"

"Alang-alang jadi Jutawan biar jadi Jutawan bertakwa"


Aminnn. Ya Allah. Saya doakan anda kaya dan berjaya!!











Terima Kasih

Tuesday 24 March 2015

ESP Sumber Protein Terbaik!!

Assalamualaikum.

Semoga anda yang membaca blog ini berada di bawah limpah rahmat Allah S.W.T.

Kali ini saya nak share tentang kelebihan ESP (Energising Soy Protien) Shaklee. Memang dah ramai orang tahu dan rasai kebaikan ESP ni. Tapi saya nak share jugak kebaikan dia, yang penting dengan cara saya sendiri..hee.

Malas taip punya pasal, just google 'esp' bajet famous gila ESP ni dan takde benda lain yang sama nama dengannya, sekali keluar gambar bawah ni..haha


Ok, back to Energising Soy Protein Shaklee. Apa sebenarnya ESP ni?

Semua tahu kan protein merupakan salah satu sumber nutrisi yang diperlukan oleh badan. Energising Soy Protien (ESP) Shaklee ialah serbuk protein yang di extract dari non GMO kacang soya yang berkualiti tinggi.

ESP adalah satu-satunya serbuk protein dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.



Apa yang istimewanya sangat ESP ni? Apa kelebihan yang ESP ada? tak cukup lagi ke kita makan ayam, daging, telur untuk sumber protein??

Kita bila fikir protein je, mesti nampak ikan, daging, ayam dan telur saja kan? eh ke saya sorang ja fikir camtu?hee..

Padahal kita boleh juga dapatkan sumber protein dari kekacang dan bijirin.

Tak dinafikan, kita memang perlukan ayam,ikan dan daging untuk mendapatkan sumber protein yang lengkap. Tetapi jika nak dibandingkan dengan protein soya, ayam dan daging mempunyai kalori dan kandungan lemak yang tinngi.

Ini tak termasuk lagi pasal ayam tak organik, cucuk dan sebagainya..tssk. Ikan pun saya dengar cerita berbulan-bulan diorang simpan dalam kapal sebelum sampai kat pasar. ok stop pasal ayam dan ikan nanti ada pulak orang takut nak makan..haha.


see..hanya minum segelas ESP yang sumbernya dari kacang soya dah dapat khasiat berapa kali ganda protein dari daging, susu dan telur. Jadi, anda nak cuba ke nak ESP ni?

Kelebihan protein soya ni ialah dia mempunyai kandungan fiber dan air yang membuatkan kita rasa kenyang dengan cepat. Lagipun proses penghadaman soya berlaku secara perlahan-lahan jika dibandingkan dengan daging.

Sebab tula kalau makan ESP ni kita tidak akan mudah lapar dan dalam masa yang sama boleh la kurangkan pengambilan kalori. Bagus ke bagus ESP ni?

Bonus boleh kurangkan berat badan lagi..hee.best kan?

Siapa yang perlukan ESP ni?

1. Sesiapa yang mempunyai masalah kulit wajah yang kusan, parut jerawat dan tona tidak sekata.

ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan, dan mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping itu, ESP memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Rambut sering gugur

Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain.
Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesaikan masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam.

3. Cepat penat dan tak bertenaga jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu,pekerja

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya

4. Menyusu atau hamil

Protein sangat penting untuk perkembangan otak bayi, pembentukan otot dan untuk antibodi badan si ibu.

5. Cepat lapar atau asyik nak mengunyah dan ingin menurunkan berat badan

Protein soya di dalam ESP ini mempunyai kandungan fiber dan air yang membuatkan kita rasa kenyang dengan cepat. Tambahan pula, proses penghadaman soya berlaku secara perlahan-lahan jika dibandingkan dengan daging. Ini menyebabkan kita tidak akan mudah lapar dan dalam masa yang sama boleh membantu kurangkan pengambilan kalori.

8. Gastrik

ESP ini kaya dengan kacang soya terpilih dan berkualiti, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut yang menjadi penyebab gastrik.

Sekarang ni mari kita tengok antara testimoni ESP Shaklee ni.











Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Terima Kasih

Monday 23 March 2015

Bahaya Kacang Soya

Assalamualaikum

Semoga anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.

Lama dah saya tahu pasal keburukan soya ni. Saya dapat tahu dari kawan-kawan di Facebook yang share dari blog/website. Memandangkan saya ni bukan penggemar soya (nak telan pun tak mampu), jadi saya ambil kisah tak kisah jela pasal hal ni.


Saya ada juga terfikir, 'takkan la tumbuh-tumbuhan semulajadi ciptaan Allah boleh memberi kesan kepada manusia kalau kita makan? macam tak percaya je'. Hurmm..tapi sampai situ jela saya berfikir..hee

Sekarang ni, tiba-tiba tergerak hati nak google pasal bahaya kacang soya. Rata-rata yang saya baca dari blog/website pasal keburukan soya ni adalah artikel yang sama. Tapi tak tahu pulak sumbernya dari mana diorang ambil dan siapa penulisnya pun saya tak dapat cari.

Artikel ini lah yang menjadi viral tentang bahaya kacang soya Kalau rajin dan belum pernah baca, baca lah ye. Tapi terpulang nak percaya atau tidak.
=================================================================================
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll.
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh
golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia
yang berbahaya
. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia
ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual
/ sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang
dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang
soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk
proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia
bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien.
Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di
peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan
susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang
soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi
tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan,
boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
=======================================================================

Apa macam boleh percaya ke? terpulang pada penilaian dan ilmu di dada masing-masing.


Awal-awal perenggan dalam artikel ni dah tulis pasal ada musuh islam nak perbodohkan kita dan nak melariskan product mereka. Masalahnya kalau ada kajian dan bukti yang kukuh, memang kita patut percaya tapi takdalah pulak kan.(Sesiapa yang ada terjumpa jemputlah share dengan saya)

Lepas tu ada pula tulis pasal soya ada bahan kimia yang berbahaya. BAHAN KIMIA BERBAHAYA? DARI TUMBUHAN? . Macam pelikk ja. Meh baca dari mana chemicals dalam makanan ni datang sebenarnya.

1. Bahan kimia digunakan di dalam pesticides(racun) dan baja keatas tumbuh-tumbuhan
2. Bahan kimia digunakan ketika penghasilan makanan
3. Bahan kimia terhasil ketika pemprosesan makanan
4. Bahan kimia terhasil dari bahan cemar ktika pengendalian makanan

Anda boleh baca lebih lanjut tentang di sini Where do the Chemicals in our food come from?

Tak tahu pulak saya kalau dalam tumbuhan tu sendiri ada bahan kimia yang berbahaya. (Mohon emel saya kalau anda ada sumber bukti yang kukuh pasal ini..hee)

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, jangan salahkan ibu mengandung, eh!! soya ni tak bahaya kalau dia tumbuh semulajadi dan bebas dari sebarang bahan kimia ketika proses penanaman mahupun pemprosesan.

Yang bahayanya apabila manusia yang tamak haloba dan ingin mengaut keuntungan yang cepat telah memanipulasikan tanaman soya ni dengan mengubah genetik semulajadi soya (Genetically Modified Organism-GMO) dan menggunakan bahan kimia supaya kacang soya yang terhasil lebih banyak dan cepat.

So, sebelum anda mengambil soya, penting untuk anda baca dulu apa yang tertulis dibawah ini dan pastikan soya yang anda ambil itu memenuhi kriteria-kriteria dibawah untuk mengelakkan anda terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti yang digembar-gemburkan di dalam artikel di atas.

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic 
    Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.   
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic) 
    Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan   
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu  
    Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.   
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol 
    Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang   
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan 
    Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.    
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan 
    Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result   
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa? 
    Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium   

Anda boleh baca tentang kelebihan Energising Soy Protein di sini ( ESP Shaklee Terbaik)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Terima Kasih

Friday 20 March 2015

Supplement Kesihatan Terbaik

Assalamualaikum

Semoga ada yang sedang membaca blog ini sentiasa di bawah limpah rahmat Allah S.W.T.

Kalau anda ada baca entry saya yang lepas tentang Kenapa Kita Perlukan Supplement dan masih tak tahu apa supplement yang patut anda ambil, haa..mari sini saya terangkan.

Kita selalu dengar ayat ni kan "Prevention is better than cure". Jadi, tak rugi kita invest sikit rezeki yang Allah bagi hari ini untuk mengambil supplement demi kesihatan yang baik pada masa depan.


Ramai antara kita yang takut nak keluarkan duit untuk supplemen kesihatan. Sebab biasa, mereka ingat semua supplemen adalah mahal, jadi mereka rasa tak mampu.

Sebenarnya, kita semua ada PILIHAN mengikut kemampuan kita. Buatlah pilihan yang bijak dalam memilih supplement yang brkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Yang penting ianya HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI, DAN BERKESAN serta tidak mendatangkan kesan yang buruk pada masa panjang.

======================================================================================
SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM


Kalau kira balik HANYA rm 50 SAHAJA yang kita perlu keluarkan SEBULAN untuk menjamin kesihatan masa depan kita. MURAH KE MURAH?. Ini pun saya kira berdasarkan harga pasaran. Nak murah lagi? JOM JOIN JADI AHLI. Lagiii JIMAT.

Basic Set ni memang sangat sesuai untuk semua orang. Lelaki dan Perempuan. Nak kongsi makan satu keluarga pon boleh. JIMAT ke JIMAT? Haa..

Ini antara Fungsi yang terdapat dalam SET BAJET KESIHATAN OPTIMUM:-

VITALEA : Multi vitamin & Multi mineral

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
1) Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
2) Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
3) Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
4) Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
5) Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

BCOMPLEX : Vitamin B Yang Lengkap dan Seimbang

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

1) B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

2) Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

SUSTAINED-RELEASE VITAMIN C : Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.

Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

=======================================================================================
Alhamduliilah saya kini YAKIN dengan jenama SHAKLEE dan yang paling yang penting, ia MAMPU MILIK !!. Jika sesiapa yang ingin mencuba produk yang TERBAIK ini jangan segan untuk hubungi saya.

Jangan risau!! saya sentiasa memberikan pilihan kepada customer untuk memilih produk yang sesuai dengan budget anda.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Terima Kasih

Thursday 19 March 2015

Kenapa Kita Perlukan Supplement

Assalamualaikum

Semoga anda yang membaca entry ini dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah S,W.T



Haa..kita bagi gambar dulu sebagai intro. Apa itu supplement? eh! ada yang tahu ke apabenda supplement nih?. macam pelik je kalau tak tahu..hee. Supplement ni kira macam makanan tambahan yang terdiri daripada vitamins, minerals, fiber, amino acid, dan fatty acids. Kalau ada yang tak tahu apa benda saya tulis ni, rajin-rajinlah buka buku sains SPM balik ye..hee..ok gurau,tak lawak, google je lagi senang.

Kenapa kecoh sangat sana sini orang cakap pasal pengambilan supplement nih? Penting sangat ke kena makan supplement ni? ok, baca dulu apa saya nak tulis kat bawah ni ye, pastu terpulang pada anda nak rasa penting ke penting ambil supplement ni.

1. Supplement Mencukupkan Nutrients yang Diperlukan oleh Badan

Apa tujuan kita makan sebenarnya? Tentula nak dapatkan nutrisi dan tenaga untuk badan kita supaya kita dapat menjalankan kehidupan dengan baik kan. Tapi kalau kita makan makanan yang tak seimbang nutrisi,mempunyai tinggi lemak dan kolestrol boleh ke kita dapat segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita?

Makanan kat Malaysia ni memang cukup lemak,manis, masin semuanya baru lah umpphh sedapp. Badan dan perut pun sedap jugakla menternak lemak dan penyakit.

Kalau yang makan processed food dan fast food lagi la. Entah ada ke tak khasiat kat dalam makanan tu. Perasa tambahan, pengawet, pewarna dan sebagainya memang dah sah ada . Kita pulak main makan je, asal kan boleh kenyang dan tak sakit perut. Tak terfikir pulak kesan jangka panjang apa akan jadi kalau kita makan makanan macam ni kan?.

So tugas supplements ni la yang akan mencukupkan dan membekalkan segala nutrients kepada badan kita.

A USDA survey showed that 37% of Americans don’t get enough vitamin C, 70% not enough vitamin E, almost 75% don’t get enough zinc, and 40% don’t get enough iron.I would say 100% of us don’t have enough of the basic nutrients to create optimal health or give ourselves a metabolic tune up. (Sumber ; http://drhyman.com/blog/2010/12/17/do-you-need-nutritional-supplements/#close)



2. Sumber Nutrients Semulajadi Tercemar

Jika kita amalkan makan makanan yang yang berasaskan tumbuhan seperti nasi (dalam kuantiti yang betul), syur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya memang bagus untuk kesihatan. Tapi pernahkah kita terfikir dari mana sumber makanan tersebut. Lain la kalau tanam sendiri belakang rumah kan?..hee.

Dalam dunia yang sempurna macam zaman dulu-dulu, takda sesiapa pun perlukan supplement. Cukup dengan hanya makan makanan semulajadi yang cukup nutrisi dan khasiat. Tapi dengan tekanan zaman moden sekarang ni, kualiti makanan semakin berkurang serta udara tercemar dengan toksik, bahan kimia dan radikal bebas, pengambilan supplement jadi sangat penting.

Makanan yang kita makan dah tak cukup untuk membekalkan optimum nutrient yang diperlukan oleh badan. Tumbuhan di tanam di atas tanah yang tercemar dan dan tidak mempunyai nutrien dan mineral yang cukup.

Pesticides, racun dan baja kimia digunakan untuk merawat pokok supaya pokok dapat hidup dengan sempurna. Ini menyebabkan nutrient dan phtonutrients semulajadi dalam tumbuhan berkurang. Dah tu macam mana nak cukupkan nutrient dalam badan manusia pulak kan?..Hurmm.


3. Kehidupan yang Sibuk dan Banyak Tekanan

Tak dinafikan orang sekarang ni ramai yang buzy, terkejar sini-sana, banyak komitmen dan menyebabkan hidup jadi stress, tidur tak cukup, senaman apatah lagi. Tak kurang jugak yang buat-buat buzy..hee.

Bahaya taw stress ni, ia boleh melemahkan badan dan immune sistem kita. Sesiapa yang dah ada penyakit tu memang akan jadi lebih teruk la. So, penyelesaiannya kena la amik supplement supaya badan kita cukup nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan sebaiknya. Takde la rasa penat dan stress pun akan hilang.


Cukup la tiga point yang saya stresskan di sini (eh, stress?kena mkn supplement nih). Ingat tau, supplement bukan macam ubat, bila sakit ja perlu makan. Kita perlukan supplement setiap hari untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Nutrients are not drugs and they don’t work as drugs do. They work with your biology by supporting normal enzyme function and biochemical reactions. Source: http://drhyman.com/blog/2010/12/17/do-you-need-nutritional-supplements/#close


Konklusinya, sudah tentu takda benda yang boleh ganti memakan makanan yang elok dan pengambilan diet yang sihat serta seimbang. Tapi dengan mengambil supplement yang berkualiti, sepenuhnya berasaskan tumbuhan semulajadi dan penanaman organik boleh bersama-sama membantu kita mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, jika kita masih sibuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian, malah melakukan tabiat buruk seperti skip waktu makan dan tidak mengambil sumber makanan organik, kita sangat perlukan supplement untuk tambah nutrisi yang tidak cukup di dalam badan kita.


Saya memilih supplement yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Produk Shaklee sememangnya dah terbukti secara klinikal dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dah tidak bertoksik. Buat la pilihan yang bijak dalam pemilihan supplement.

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan yang Hebat

* $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji

* Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga

* 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

* Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa

*54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Terima Kasih

Wednesday 18 March 2015

Grand Tour - Gua Tempurung Perak


Assalamualaikum.

Kali ni aku nak cerita pasal trip aku dan kawan-kawan ke Gua Tempurung,Perak. Kami bertolak dalam pukul 7 pagi melalui highway PLUS dari Penang then exit dekat tol Gopeng. Dalam 2 jam jugak la perjalanan. Dari tol gopeng ke gua tempurung tu dekat je lebih kurang 10 minit dah sampai. Senang sangat nak cari jalan, memang tak kan sesat la..hee.



Dah sampai kita bergambar la dulu ye. Asal plan nak join tour paling awal iaitu pukul 9, tapi kitorang sampai pkul 9 lebih. So, terpaksa la tunggu next tour sebab diorang nak kumpulkan lagi ramai orang untuk join sekali. Last tour pkul 11. Kalau ada sesape yang rancang nak pegi tu better datang awal sebab kalau lambat dah tak boleh masuk. Oh ye!, kitorang amik tour yang paling adventure iaitu Grand Tour. Boleh tgok pakej-pakej kat sini.


Lama jugak la kitorang tunggu sementara nak masuk dalam gua, siap sempat makan nasik lemak lagi. Kat luar area pintu masuk gua ada food court, boleh la breakfast kat sana bagi yang datang awal pagi tak sempat nak breakfast. Nasik lemak dia memang sedap..hee. Bagi yang nak amik grand tour macam kitorang, digalakkan makan makanan berat sebab memang perlukan banyak tenaga nak jelajah seluruh pelosok gua..haha.

Haaa..satu lagi better pakai kasut getah kalau nak masuk gua sebab kat dalam gua ada sungai dan banyak perjalanan yang kita terpaksa menyelusuri sungai. Kalau pakai kasut sukan yang material dia kain, nanti susah la nak jalan sebab kasut jadi berat penuh dengan air. Tapii jangan risau kat sana diorang ada sewakan kasut getah macam yang aku pakai dalam gambar atas. Sewa tiga ringgit bagi satu kasut. Pakai jela kasut tu dari takda kan..haha.


Ok,jom kita masuk gua. Dalam pukul 10.30 jugak la baru kitorang dapat masuk. Start masuk tu ikut track ada tangga. Penat jugak la naik turun tangga dalam gua tu. Nampak la segala stalactites, stalagmites bagai.


Masa mula-mula masuk tu tak gelap sangat lagi, bila dah semakin ke dalam memang sangat gelap. Setiap dua orang tu mesti kena ada satu torchlight ataupun headlamp. Kalau pegi ramai-ramai dalam satu group tu boleh la beratur selang-seli yang ada lampu dengan yang takde. Tak perlu pun semua orang kena ada lampu. Belakang kitorang dalam gambar atas ni ada batu-batu kristal, tapi tak boleh nampak plak dalam gambar.


Dah start dah adventure nya di sini bila kami mula turun sungai.. Terpaksa la merangkak, meniarap dan macam-macam gaya lagi la asal boleh lalu di celah-celah batu gua. Memang mencabar gila lah tapi seronok sangatt..hee. Yang tak best nya, bila dah sampai part penghujung nak keluar dari bawah batu ni, mula la diorang yang dah keluar awal percik-percik air kat kami yang baru nak keluar ni. haish..habis basah satu badan. Padahal tak kenal pun diorang semua tu, tapi percik air dekat orang mengalahkan dah kenal lama. Bising satu gua dengan suara orang yang duk percik-percik air tu. Tapi bila aku dah keluar aku pun percik jugak air kat orang selepas tu..hee,balas dendam. Untungla orang yang keluar awal.



Ini lagi satu part yang mencabar. Kena gelongsor turun bawah. Dah la curam. Memang kena gelongsor ikut lane yang betul, kaki kena lurus. Kalau tak, nanti tersasar ke tempat lain. Scary kan..hee, tapi jangan risau ada instructor standby kat bawah tahan dan sambut kaki kita bila dah nak sampai bawah.


Tadi kena gelongsor dari atas turun bawah, dahtu kena pulak turun dalam lubang bawah tanah pulak dah..haha. Nasib baik la instructor gagah lagi perkasa bagi pinjam peha untuk kitorang buat tangga..hee. Turun bawah jumpa sungai dan batu-batu lagi. Kena la merangkak, jalan itik segala lagi. Jalan punya jalan tetiba eh nampak cahaya matahari..dah keluar gua rupanya.



Kami budak Silat Cekak Pusaka Hanafi kalau bergambar tak buat gaya silat memang tak sah..haha. Lepas dah habis bergambar kat luar gua tu kena masuk dalam balik sebab tempat tu bukan jalan keluar tempat kami masuk tadi.


Lebih kurang tiga jam jugak la dalam gua. Ni gambar sebelum keluar,kat sini kami rilek-rilek dulu main air sebelum keluar. Best sangat air dia, sejuk dingin ja.



Muka bahagia, kepenatan, lapar semua ada lepas keluar dari gua. Serius best. Rugi kalau tak datang sini. Memang terisi masa cuti dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan pengalaman yang sangat berharga.

Terima Kasih

Friday 6 March 2015

Bahaya ubat / supplement Sintetik

Assalamualaikum.

Semoga anda yang sedang membaca blog ini sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.


         Baru ini saya ada terbaca satu artikel dekat BH Plus tentang bahaya ubat yang boleh membawa maut. Yela kan, sekarang ni macam-macam sangat ubat yang ada kat pasaran. Ubat untuk kurus, kulit cantik, badan montok, eh macam-macam lagi la. Yang tak sanggup nak tulis pun ada..bhaha.

         Putih dalam masa 2 hari!!!!

         Hilang 10 kilo seminggu!!!

          Lebih kurang macam nilah ayat dia. Dah tu nama pun pelik-pelik pulak tu. Isshh tak ke takut orang nak beli dan makan. Tapi nampak gaya macam laku jugak. Haish orang malaysia nak yang result cepat je, dah tak fikir kesan sampingan jangka panjang ubat-ubat tu. 




sumber :http://www.bharian.com.my/node/38050?m=1


         Saya jenis kalau nak beli satu-satu produk tu memang saya akan buat research dulu. Tengok apa isi kandungan dia, walaupun ada yang paham ada juga yang tak..hee. Kalau pergi kedai tu memang saya akan belek-belek dulu la packaging sesuatu product tu. Kalau nak beli online pulak memang akan tengok testimoni, KKM approval, dangerous chemicals free, organic ke tak dan macam-macam lagi la. Kekadang sampai seminggu duk stalk product tu saja..ekeke. 

         Pasal testimoni tu jangan bulat-bulat percaya ja, zaman teknologi sekarang ni apa saja orang bleh buat. Rajin-rajin la tengok apa yang orang komen dekat setiap gambar tu. Kalau ada orang komen dia puas hati, then ok la. Tapi saya akan stalk profile orang yang komen tu pulak..haha. Yela, kadang yang komen bagus tu, dia pun jual product yang sama.haa...nampak tak permainannya disitu..hehe. 



           Satu lagi pasal organic, kita kena tengok juga product tu 100% , 90%, 80 % and so on organic ke tak. Sesetengah product tu berapa percent je organic, tapi claim organic product. Kes macam tu bahaya jgak sebab dia still campur chemical kat dalam product dia. Entah-entah ada chemical berbahaya kat dalam product tu. Tak ke naya kita mati-mati ingat product tu organic. Kalau 100% organic pulak make sure product tu certified 100% organic. 
   

Baca ni, sumber http://www.nsf.org/consumer-resources/what-is-nsf-certification/organic-certification/

Natural vs. Organic

Although the words “natural” and “organic” are sometimes used interchangeably, they have different meanings. Food products labeled as "natural" are required to be minimally processed and to contain no artificial ingredients. However, the natural label does not include any standards regarding farm practices. In contrast, organic products must be grown, processed and handled from farm to fork without using conventional pesticides and other synthetic chemicals, genetically modified organisms (GMOs) or other banned practices. For companies to label their products as organic, their operations must be inspected and certified by an approved organic certifying agent.
     
      Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan pun belum tentu lagi 100% organic. Mostly tanaman kat Malaysia ni menggunakan menggunakan conventional pesticides dan synthetic chemicals. 
Eh! camna saya boleh tahu nih? Hee..saya pernah kerja dekat kilang membuat pesticides atau nama pasar nya kilang racun. Bayangkan sales sebulan berjuta-juta, tak ke maknanya ramai pengguna racun tanaman ni dekat Malaysia? Dah tu kerajaan bagi pulak subsidi dekat petani untuk beli segala jenis racun untuk tanaman diorang. Satu pokok saja dah berapa banyak racun yang digunakan. Racun serangga, racun ulat, racun rumpai, racun siput eh banyak la, ni tak termasuk baja lagi. Ingat cukup ke baja tahi ayam dan segala tahi nak guna untuk seladang pokok-pokok ni. Baja pun banyak diorang guna chemical jugak. 
Hasilnya memang terbaik la sayur-sayuran dan buah-buahan segar bugar yang petani jual dan kita beli dan makan. Hurmm kena pulak basuh halai balai ja. Tetapi harus diingat tak semua racun ni larut dalam air. Memang larut dalam badan kita la jawabnya..Sadisss. Kita makan sayur dan buah sebab nak khasiat dan vitamin tapi apa yang kita dapat racun dan toksin..huu.


        Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah teliti setiap apa yang kita beli dan apa yang kita akan makan. Buatlah pilihan yang betul dan bijak. Saya sendiri mengambil langkah untuk memilih product organic untuk saya consume dan sya memilih supplement shaklee untuk kesihatan saya. 



Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin melakukan perubahan terhadap apa yang anda makan dan guna dengan mencuba product yang terbukti selamat, jangan segan hubungi saya. Terima kasih sudi membaca.



Terima Kasih

Tuesday 3 March 2015

Lompat Kerja vs Kerja Sendiri

Assalamualaikum..

Semoga anda yang membaca post ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Aminn.

     Entry saya yang sebelum ni saya banyak merungut pasal kerja kerja kerja!!..huu. Disebabkan perasaan membuak-buak nak jugak berhenti and cari kerja lain, saya google la nak tahu apa pandangan orang pasal lompat-lompat kerja ni. Ada orang berpandangan  negatif dan ada jugak cakap positif. Terpulang pada diri sendiri macam mana nak handle keadaan.

   
       Google punya google saya terjumpa ebook "Sorry bos saya terpaksa berhenti kerja". (Klik sini untuk dapatkan ebook yang sangat bermanfaat ini). Dengan gigihnya saya berjaya menghabiskan membaca seratus lebih mukasurat ebook ni. Best sangat baca sampai takmau berenti..hee. E-book ni berjaya  mengubah persepsi saya terhadap kerja makan gaji.


          
           Asyik tersentap ja bila baca buku ni. Serius!! memang terkena sebijik-sejibik kat muka. Adoii..haha. Ayat yang paling aku tersentap ialah "KELUAR PAGI BALIK PETANG, DAPAT GAJI BAYAR HUTANG". dushh!!sangat terasa..yela,time gaji ja benda awal yang saya settle dlu adalah HUTANG. Bayar duit keta, umah, bil ini, bil itu.. Baki yang tinggal tu la bajet-bajet untuk makan. Bagi kat mak pun sikit ja.. Macam ni gaya nak balas jasa ibu bapa???..Nak keluarkan zakat dan sedekah lagi la tak mampu..Yang mampu sedekah seringgit dua ja. Memang la ikhlas tu yang penting, tapi tak ke lagi seronok bila kita dapat bagi banyak. Tengok orang yang kita beri sedekah tu seronok, kita lagi la bertambah seronok sebab dapat menambah nilai kat hidup orang yang kita bersedekah tu. 


         Lepas habis baca terfikir la nak buat bisnes, nak cari side income. Kalau asyik nak tukar tempat kerja baru sebab nak dapat gaji lebih banyak memang tak kemana la. Paling banyak bleh dapat pn gaji lebih RM1000 dari gaji lama, tu pn macam susah je nak dapat. Gaji bertambah, komitmen pun akan bertambah, masa untuk diri sendiri dan keluarga akan jadi terhad. Macam hipothesis pulak hee.. Persoalannya,.. dah cukup ke kalau gaji bertambah hanya banyak tu? mampu ke bagi kat parents lebih banyak?mampu ke sedekah banyak-banyak????..jawapan saya TIDAK!!


         Jadi, saya pn terfikir apa aku nak buat hah? nak jual apa? sekarang ni pun memang saya ada jual tudung (tengok sini). Tapi, jual tudung tu suka-suka ja, untung pun ciputt je. Saja nak share ke'best'an tudung yang adik saya buat tu. Itupun banyak rugi sebab macam-macam dugaan dengan salah beli kain la, customer banyak ragam la, tukang jahit sendiri takda mood nak menjahit..haha, stock kain cepat habis, eh macam-macam la. Ni la akibatnya kalau buat bisnes takda ILMU dan MENTOR. 


         Alhamdulillah, saya tergerak hati nak buat bisnes shaklee dan dipertemukan dengan group dan mentor yang SUPER HEBAT!!!.Mentor-mentor dalam group yang saya join ni sangat POSITIF dan berMOTIVASI. Sangat banyak ilmu, motivasi dan kata-kata semangat yang diberikan setiap hari. Terharu sangat-sangat..sobss. Sekecil-kecil perkara smpai ke sebesar-besar perkara diajar. 




          Kami juga diajar supaya sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH dan percaya rezeki itu datang dari-NYA. Memang ada orang cakap, tak susah ke buat shaklee? dah ramai kot orang yang jual. Rezeki tu kan dari ALLAH, kalau Allah buka hati orang untuk beli dengan kita dia akan beli dengan kita juga. Apa-apa pun sentiasa percaya rezeki tu datang dari Allah, kita hanya perlu berusaha keras dan bertawakal dan berserah kepada Allah. Itu urusan DIA, bukan kita. 

Wallahua'lam. Wassalamua'laikum.

Thank you for reading.



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign