Tuesday 24 February 2015

Kenapa Saya Buat Bisnes

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca entry ni bahagia,kaya dan berjaya. Kalau ada sesiapa yang baca entry saya sebelum ni, mesti korang dah tahu bahawasanya saya ada buat bisnes online kecil-kecilan. Tapi macam-macam pulak dugaan buat bisnes ni. InsyaAllah saya yakin tuhan sentiasa ada untuk menolong hambanya. 

      
         Bak kata Dr Azizan Osman ni nak berjaya dalam perniagaan kita kena ada MESTI


Image result for mesti dr azizan osman
(Source :http://azizanosman.com/ms/)


         Mungkin punca saya gagal dalam bisnes sekarang ni sebab tak cukup ciri-ciri ni kot. Mentor takda, main redah buat ja tanpa ada orang guide. Ilmu lagi la takda, kalau tak takkan tersalah beli kain..tsskk. Sistem lagi la kelaut, setakat bisnes kecil-kecilan sorang-sorang mananya nak ada sistem. Ikut sistem kepala otak sendiri adala..haha. Yang saya ada cuma tindakan dan impian. Impian memang tinggi melangit..hee. Tindakan tu pun nasib baik la dapat sokongan dan pertolongan dari keluarga jugak. 


          Apa-apa pun terjadi saya tetap nak teruskan bisnes ni jugak. Cuma saya perlu tambahkan lagi ilmu perniagaan saya ni. Saya hampir berputus asa sebab family ada cakap "takyah la buat dah, buat susah ja, fokus kerja sekarang dah la". Tapi, saya nak buat juga bisnes tak boleh jual tudung pun jual benda lain pun takpa asalkan bisnes. 


           Sebenarnya saya tak suka dengan kerja sekarang ni. Nak berhenti kerja serba salah sebab baru 3 bulan kerja tempat baru. Dah la kat tempat sebelum ni setahun ja kerja. Kalau cari kerja baru pun mesti orang yang interview tanya kenapa asyik nak tukar tempat kerja. Haish..memangla boleh prepare jawapannya. Tapi kalau tempat baru pun tak ok jugak macam mana..haaa..Nampak macam banyak songeh dah memilih kerja kan saya ni? Orang lain punya la susah nak dapat kerja..Nak buat macam mana,dah memang environment kerja tak ok, terpaksala cari kerja lain. Bukan pasal gaji semata-mata ye. Kalau dah setiap pagi berat hati nak pegi kerja dan tak ikhlas langsung buat kerja apa gunanya kerja kan? Atas sebab ni la saya decide nak buat bisnes kecil-kecilan dulu, nanti dah ada stable income saya nak bebas dari majikan. Yeayy!!!



       
        Setiap hari kita kerja makan gaji, sabar buat kerja-kerja bos. Yang semakin kayanya bos jugak. Gaji kita dapat sama ja setiap bulan, padahal kerja makin bertambah. Kita sabar je buat kerja untuk kayakan orang lain. Apa salahnya kita start buat bisnes dan sabar dengan segala dugaan dan cabaran berbisnes ni, Bukan untuk kayakan orang lain pun kayakan diri sendiri jugak. Jadi, kena banyak-banyak lah bersabar dengan segala ujian dan dugaan dari Allah. InsyaAllah kalau buat bisnes dengan cara yang betul, suatu hari nanti kita akan berjaya. SAYA AKAN BERJAYA!!!. 



Terima Kasih

Monday 23 February 2015

Parasailing di Batu Feringghi, Pulau Pinang

Assalamualaikum.

Cuti Chinese New Year tahun ni aku habiskan masa dengan melakukan aktiviti extreme. Extreme la sangatt..hee. Antaranya ialah parasailing. Aku dengan kawan-kawan Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dah lama plan nak bercuti waktu CNY. Plan punya plan, at last kami decide nak pergi Gua Tempurung and jalan-jalan dekat penang je. 


      Ok kat entry ni aku nak cerita dulu pasal aktiviti parasailing. Tak pernah terfikir pun nak berparasailing ni, tapi bila sorang kawan aku ni bagitaw ada voucher parasailing murah harga RM49 instead of RM150 dekat groupon tiba-tiba teringin nak try. Mula-mula semua teragak-agak nak main ke tak sebab takut..Haha. Yela, masa aku google parasailing yang paling atas keluar pasal kes mati..haha. Mana tak cuak. Tapi dalam masa yang sama aku rasa macam nak cabar diri sendiri la pulak. Bila lagi kan nak buat benda-benda rare macam ni. Time bujang belum kawin ada anak ni la patut try semua aktiviti extreme ni kan. So, kami decide nak beli voucher tu dan nak try parasialing.Tapi tak semua la antara kami yang berani try, ada jugak yang tak berani tapi lepastu menyesal sebab ktorg yang naik parasailing ni cakap best!!!..Hehe.



Muka excited takdak rasa takut sebab aku orang last dan dah tengok kawan-kawan aku yang lain landing dengan selamat dan bahagia..Haha.





Yang dah terbang ni gambar kawan aku sebenarnya, tengok warna tudung dan baju pn dah bleh taw..bhaha. Gambar aku di awang-awangan takdak so ambil gambar orang pn jadila. Best gila rasa angin kat udara, sejukkk sajaaa. Lebih kurang 20 meter jugak la aku terbang (ewah!!!) dari paras laut. Rasa mcm takmau turun. Dua minit sekejap sangat rasa bila kat atas tu.


       Yang tak bestnya pasal parasailing ni kami rasa ditipu. Ada hidden charge rupanya. Voucher tu untuk naik tanpa instructor. Boleh pilih nak naik sensorang or berdua, tapi tanpa instructor. Kalau nak instructor kena tambah RM30. Wohaa mahal kot bagi aku, Pastu ktorang decide taknak instructor, walaupun takut sebenarnya tetapi naik jela sorang pn..huhu.. Tiba-tiba ja diorang cakap angin kuat la bagai kena guna instructor jugak untuk tarik sail tu waktu nak turun, bahaya takut kitorang tak mampu lawan angin. Huh macam-macam la pulak. Terpaksa la guna instructor jugak, lepas nego dapatlah RM20 untuk instructor. Sekaliii lepas kitorang dah habis parasailing, tiba-tiba ada minah arab ni naik sorang-sorang. Boleh la pulakk??..Hurmm. 



Lepas dah terbang di awangan bersama parasailing kami pun bermandi-manda di pantai batu feringghi. Rasa tak puas pulak kalu pergi pantai tak mandi laut. Budak-budak sangat..haha.Lama gila kot tak mandi laut ni, duk penang saja aku ni. 

Ok, ni je kot pasal parasailing, kalau la aku kaya setiap minggu aku p main parasailing ni. Berangan jela.


Terima Kasih

Sunday 15 February 2015

Suka Duka Menjalankan Online Bisnes

Assalamualaikum..


Aku dari dulu lagi teringin sangat nak buat bisnes. Masa study dulu, kalau orang tanya nak tak buat bisnes suatu hari nanti?, aku akan cakap lepas habis study aku nak kerja dulu kumpul duit untuk buat modal start bisnes. Bila dah ada modal baru la nak start buat bisnes. Tapi tak pernah pun terfikir bisnes apa yang aku nak buat. Just ada impian nak ada bisnes je. 

       
  Tapiiiiiii..(panjang nau tapinya), bila dah start kerja mula la nak ini,nak itu, buat ini,buat itu sampai nak simpan duit pun tak cukup apatah lagi nak simpan buat modal bisnes.tssk.. Kerja pun rasa macam takde life, keluar pagi balik petang. Malam tengok tv pastu tidur..Sedar-sedar dah setahun dah kerja. Simpanan yang ada pun cukup boleh bayar insurans kereta je. Camni gaya nak buat modal bisness??? boleh berangan jela..haha..

       
       Bila tengok orang sekarang ni buat bisnes online macam senang ja, aku pun terpanggil nak buat bisnes online juga. Tapi tak tahu nak jual apa. Aku ada la teringin nak jadi agent or dropship ja, again still tak tahu nak jadi agent product yang mana. Bagi aku better aku jual benda yang aku guna dan yakin dengan keberkesanannya. Aku ada jugak try beli product-product kecantikan ni, Tapi bila dah guna, macam tak berkesan je kat aku. Terus dah takde hati nak menjual. Yela kalau nak menjual biar kita ikhlas dari hati kan cerita product tu memang bagus. Bukannya asal orang cakap benda tu berkesan kat orang ramai kita pun jual je. Padahal tak berkesan pn kat diri sendiri. Tak best la menjual macam tu kan. Hurmm.


         Suatu hari, masa kat office aku ada tengok kawan aku pakai satu tudung tu cantik je. Aku pn belek-belek la tudung dia tu. Tanya dia buat ke tudung ni sebab aku memang tak pernah tengok orang jual tudung macam tu. Dia cakap dia beli online ja. Lepas dari haritu, aku balik kampung aku cerita la kat adik aku pasal tudung tu. adik aku cakap "alaa tudung macam tu banyak la orang jual kat pasar malam". Aku pn cakap "bukan macam kat pasar malam tu la, kain dia guna lain dari pasar malam tu". Pastu adik aku suruh aku try cari kain, dia cakap dia tahu nak buat macam mana nak buat tudung tu. Adik aku ni memang pandai menjahit. Kadang-kadang dia belek ja baju or tudung ni dia dah taw macam mana nak jahit..Gila terror, kagum!!


         Beberapa minggu lepas tu,masa aku jalan-jalan terjumpa la kedai kain. Aku pun cari la kain macam yang dimaksudkan. Masa tu aku ingat-ingat lupa la kain tu macam mana. Akhirnya aku beli jugak satu jenis kain ni. Balik kampung suruh adik aku buat. Memang jadi la macam tudung yang aku tengok kawan aku pakai tu. Tapi bila pakai rasa panas sikit sebab kain tu jenis tebal. Lepas pada tu aku cari lagi kain lebih kurang macam tu tapi jenis lain skit. Balik try, then tadaaaaa jadi!! Excited. Pastu tiba-tiba rasa macam nak menjual ja, Hihi..


         Aku pun start la beli kain sikit-sikit dan mula menjual kat instagram. Alhamdullilah dapat feedback positif dari customer. Yang menjadi masalahnya, bila stock kain dekat rumah dah habis. Yela, aku beli sikit ja kain, mana ada modal banya-banyak. Bila pergi kedai kain yang aku beli tu, kain dekat kedai tu pun dah habis. Alaaaa..baru nak rancak berbisnes..huu.. Lepas tu, aku pun start cari kain dekat kedai-kedai lain pula. Bila dah jumpa, balik umah then buat tudung tu dia tak menjadi. terpaksa tanggung rugi, salah beli kain..dua tiga kali jugak la salah beli kain..sobbss..




  Tapiiii yang lagi sedih bila stock kain kat kedai yang buat tudung jadi elok tu dah sampai, aku borong la kain tu banyak-banyak. Dekat lima ratus ringgit jugak la aku beli kain tu semua. End up tudung tu tak menjadi dengan elok bila guna kain yang baru ni. Sedihhhh sangaatttt..Banyak kot duit habis. So, sekarang ni aku tengah berfikir, apa nak buat dengan kain-kain ni semua.Tak sanggup pulak nak jual tudung yang tak menjadi tu dekat orang. Masih buntu lagi, tapi aku yakin pasti ada jalan penyelesaian dengan semua masalah-masalah ni. InsyAllah Allah sentiasa ada untuk hambnya yang memerlukan pertolongan. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita sembah, dan hanya kepada-Nya kita minta pertolongan. 

* Sekarang ni terpakasa la sangattt berjimat cermat sementara tunggu gaji..tsskk..


Terima Kasih

Monday 9 February 2015

Tujuan Hidup


Selepas habis study baru rasa hidup ni penuh berliku dan sangat mencabar. Patutla lepas konvo ja orang akan cakap 'Welcome to the real life'. Masa study boleh la rilek-rilek, enjoy sana sini. Cuma dekat nak exam mula la gelabah..haha.

    Kadang-kadang aku ada terfikir, apa tujuan aku ah sekarang ni, kalau masa study setiap sem mesti ada target nak dapat pointer sekian-sekian walapun tak pernah pun achived target tu. At least ada la jugak tujuan kan. Tapi masa kerja ni, aku tak tahu apa tujuan ak. Pagi pergi keja, stress-stress kat tempat kerja, konflik sana-sini, petang balik lupakan semua. Esok Sambung balik semua tu. Hmm..

   
      Suatu hari itu aku stress sangat dengan kerja. Balik kerja,mandi siap-siap terus pegi masjid cari ketenangan dan pengisian rohani. Biasala, insan hina macam aku ni waktu susah baru rasa nak mencari tuhan. Lepas sembahyang ada kuliah maghrib dan aku rasa apa yang disampaikan oleh ustaz tu setepek kena kat muka ni.

   
       Antara kata-kata yang ustaz tu cakap  'tujuan kita hidup di dunia ini ialah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan akhir kalam kita Lailahaillah'. Astaghfirullahaladzimm..Satu lagi yang aku ingat ustaz tu cakap kita jangan terlampau kejarkan dunia seperti nak rumah yang besar, kereta mewah dan sebagainya. Biasala, kalau kita nampak rumah besar, kereta mewah ni mesti terdetik kat hati kita nak jugak semua benda tu kan. Jadi, ustaz tu suruh amalkan doa ni, aku tak ingat dalam bahasa arab dia, maksud melayu dia macam ni,

                    "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat"


Hidup ini biarlah bersederhana, tak salah berusaha untuk jadi kaya, tapi sentiasa untamakan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Moga-moga kita menjadi orang kaya yang bertaqwa dan berada dalam golongan orang yang 'senang dunia dan senang akhirat'. Amiiin..

Wallahu'alam. Assalamualaikum.




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign