Sunday 8 January 2017

Kejadian selepas ke Seminar Bisnes Cara Kami


Alhamdulillah, dapat juga aku join seminar kakfel ni. Dah lama follow kakfel ni. Penulisan dia sangat terkesan dihati.Seminar dia pun best. Memang terkesan sangat dihati, berdebuk-debuk kena kat batang hidung sendiri.haha

Kakfel tekankan kita buat bisnes memang kena balik ke basic. Basic kena kuat. Basic ni bukan lebih kepada basic perniagaan tapi basic diri manusia yang buat bisnes itu sendiri.

Untuk buat bisnes ni kita kena balik kepada Allah. Basicnya disini la. Kena kenal pencipta kita. Dari mana rezeki kita datang. Kepada siapa kita nak mintak untuk dapatkan rezeki dan kepada siapa kita kena mintak pertolongan.

Semuanya dari ALLAH S.W.T.

So bila kita dah serah semuanya kepada Allah, kita akan redha dan sabar apabila datang ujian kepada bisnes kita. Orang buat salah dengan kita pun semua kita kena ingat dekat Allah.Kita kena kaji balik apa salah kita, sehingga Allah hantar ujian macam-macam kepada kita. Nikmat rezeki, duit kepuk-kepuk semua dari-Nya. Semua tu hanya dipinjamkan sementara kepada kita.

Apa yang wajib Allah suruh semua kena buat. Solat,puasa, zakat, sedekah dan sebagainya. Kalau tak boleh buat apa yang Allah suruh, macam mana Allah nak sayangkan kita dan bagi rezeki yang melimpah ruah dekat kita. Fikir-fikirkanlah.


Okay, sebenarnya aku nak cerita kejadian selepas aku balik seminar ni. Program habis dah nak dekat pukul 7, so sebelum balik rumah singgah sekejap dekat masjid untuk sembahyang maghrib. Lepas dah siap sembahyang semua ada sorang makck ni tegur aku. Aku cerita bentuk perbualan kat bawah.

Makcik : Sekolah lagi ka?
Aku : tak la dah kerja
Makcik : senang nak kerja sekarang kan?
Aku : (mampu tersenyum) susah juga
Makcik : saya nak kerja tak boleh, sakit, tak boleh beediri lama, jalan pun rasa nak jatuh. Setiap minggu pegi buat cuci darah (haemodilysis)
Aku : yeke makcik
Makcik tu sambung bersembang lagi. Makcik ni cina muallaf. Dah 14 tahun masuk islam selepas kahwin.

Makcik : Suami saya dah meninggal masa bulan puasa lepas. Saya sakit tak boleh kerja. Sekarang saya duk dekat masjid ni ja. Tapi malam-malam masjid tutup, saya tidur dekat tempat KAFA belakang tu je.

Allahuuu sedih dengar. Aku pun tanya sebelum ni duduk mana dengan suami. Dia cakap sewa bilik. Ya Allah, sedihnya.

Aku : Lepas tu macam mana makan?
Makcik : kadang ada orang bagi duit seringgit dua ringgit, saya beli la roti makan. Itu jela boleh makan
Aku : Memang tak makan nasi la kalau macamtu
Makcik : Cukup la makan roti, boleh kenyang jugak.
Aku : Baju, pakaian macam mana?
Makcik : Ada la empat helai setiap hari basuh, pastu sidai belakang toilet masjid tu.
Aku: Makcik tak ada sedara mara ka?
Makcik : Saya anak tunggal, mak ayah sudah meninggal, anak pun tak ada.

Ya Allah sedihnya rasa dengar cerita Makcik tu, rasa bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang ni. Tak dapat bayangkan macam mana makcik tu lalui hidup dia seharian. Nak kerja pun tak boleh sebab sakit.

Haa..aku ada tanya jugak,tak dapat ka bantuan dari kebajikan masyarakat ke? Dia cakap dah mintak lama dah tak dapat-dapat jugak. Zakat ada la dapat setiap bulan. Tetapi berapa banyak sangat la untuk makcik ni guna selama sebulan. Dengan nak kena beli ubat lagi. Ubat pun dah mahal.

Sedih dengar cerita makcik ni. Memang setiap hari dia duduk sekitar masjid ja. Takda tempat perlindungan macam kita. Rasa macam nak bawak je makcik ni balik rumah. Tetapi aku pun duduk menyewa dengan kawan-kawan. Tetiba dalam hati ada jugak sekelumit perasaan takut, entah-entah makcik ni tipu aku ja..haha, tak baik betul fikiran. Zaman sekarang ni kan macam-macam bahaya yang kita tak boleh nak sangka.

Aku rasa macam Allah datangkan makcik tu dekat aku bersebab, semua pasal nak ingatkan aku. Tadi dah pergi seminar, kakfel cerita semua tentang kena balik kepada Allah. Solat awal waktu, zakat, sedekah, syukur yang penting. Sekarang Allah tunjuk real dekat aku nak bagi aku sedar lagi.


Kesian dengar kisah hidup makcik tu, aku pun nak sedekahkan la duit kat makcik ni. Tapi duit aku memang langsung habis dalam purse sebab dalam seminar tadi aku dah bagi semua duit ada dalam purse. ( Allah dah janji kalau kita sedekah dia akan bagi banyak lagi, dan sedekahlah apa yang terbaik kita ada). Padahal tak banyak pun duit dalam purse tadi.haha.aku jenis yang tak suka simpan duit banyak dalam purse.

Pastu aku tanya kawan aku, ada tak duit nak pinjam bagi dekat makcik ni, dia pun ada berbelas ringgit ja..sedih. kalau bagi kita sehari ja boleh habis banyak tu malah tak cukup. Apala sangat kalau bagi kat makcik tu.

Masa nak balik aku salam dengan dia bagi duit, dia memang tolak la cakap 'tak payah susah-susah'. Aduhai..dalam susah pun dia sanggup menolak. Aku berkeras bagi jugak dan keluar dari masjid tu. Sedih, yang tu ja mampu tolong.

Alangkah baiknya kalau aku boleh tolong banyak lagi orang susah macam tu, bukan setakat sedekah sikit-sikit. Tapi boleh menanggung sepanjang hidup mereka. Yang sakit tak boleh kerja la.

Ini yang buat semangat untuk aku besarkan lagi bisnes aku membuak-buak. AKU MESTI JADI KAYA supaya aku dapat bantu lagi ramai orang. Supaya aku dapat bagi lebih lagi manfaat kepada ramai orang. Aminn ya Allah.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign