Monday 9 February 2015

Tujuan Hidup


Selepas habis study baru rasa hidup ni penuh berliku dan sangat mencabar. Patutla lepas konvo ja orang akan cakap 'Welcome to the real life'. Masa study boleh la rilek-rilek, enjoy sana sini. Cuma dekat nak exam mula la gelabah..haha.

    Kadang-kadang aku ada terfikir, apa tujuan aku ah sekarang ni, kalau masa study setiap sem mesti ada target nak dapat pointer sekian-sekian walapun tak pernah pun achived target tu. At least ada la jugak tujuan kan. Tapi masa kerja ni, aku tak tahu apa tujuan ak. Pagi pergi keja, stress-stress kat tempat kerja, konflik sana-sini, petang balik lupakan semua. Esok Sambung balik semua tu. Hmm..

   
      Suatu hari itu aku stress sangat dengan kerja. Balik kerja,mandi siap-siap terus pegi masjid cari ketenangan dan pengisian rohani. Biasala, insan hina macam aku ni waktu susah baru rasa nak mencari tuhan. Lepas sembahyang ada kuliah maghrib dan aku rasa apa yang disampaikan oleh ustaz tu setepek kena kat muka ni.

   
       Antara kata-kata yang ustaz tu cakap  'tujuan kita hidup di dunia ini ialah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan akhir kalam kita Lailahaillah'. Astaghfirullahaladzimm..Satu lagi yang aku ingat ustaz tu cakap kita jangan terlampau kejarkan dunia seperti nak rumah yang besar, kereta mewah dan sebagainya. Biasala, kalau kita nampak rumah besar, kereta mewah ni mesti terdetik kat hati kita nak jugak semua benda tu kan. Jadi, ustaz tu suruh amalkan doa ni, aku tak ingat dalam bahasa arab dia, maksud melayu dia macam ni,

                    "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat"


Hidup ini biarlah bersederhana, tak salah berusaha untuk jadi kaya, tapi sentiasa untamakan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Moga-moga kita menjadi orang kaya yang bertaqwa dan berada dalam golongan orang yang 'senang dunia dan senang akhirat'. Amiiin..

Wallahu'alam. Assalamualaikum.




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign