Tuesday 24 February 2015

Kenapa Saya Buat Bisnes

Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang membaca entry ni bahagia,kaya dan berjaya. Kalau ada sesiapa yang baca entry saya sebelum ni, mesti korang dah tahu bahawasanya saya ada buat bisnes online kecil-kecilan. Tapi macam-macam pulak dugaan buat bisnes ni. InsyaAllah saya yakin tuhan sentiasa ada untuk menolong hambanya. 

      
         Bak kata Dr Azizan Osman ni nak berjaya dalam perniagaan kita kena ada MESTI


Image result for mesti dr azizan osman
(Source :http://azizanosman.com/ms/)


         Mungkin punca saya gagal dalam bisnes sekarang ni sebab tak cukup ciri-ciri ni kot. Mentor takda, main redah buat ja tanpa ada orang guide. Ilmu lagi la takda, kalau tak takkan tersalah beli kain..tsskk. Sistem lagi la kelaut, setakat bisnes kecil-kecilan sorang-sorang mananya nak ada sistem. Ikut sistem kepala otak sendiri adala..haha. Yang saya ada cuma tindakan dan impian. Impian memang tinggi melangit..hee. Tindakan tu pun nasib baik la dapat sokongan dan pertolongan dari keluarga jugak. 


          Apa-apa pun terjadi saya tetap nak teruskan bisnes ni jugak. Cuma saya perlu tambahkan lagi ilmu perniagaan saya ni. Saya hampir berputus asa sebab family ada cakap "takyah la buat dah, buat susah ja, fokus kerja sekarang dah la". Tapi, saya nak buat juga bisnes tak boleh jual tudung pun jual benda lain pun takpa asalkan bisnes. 


           Sebenarnya saya tak suka dengan kerja sekarang ni. Nak berhenti kerja serba salah sebab baru 3 bulan kerja tempat baru. Dah la kat tempat sebelum ni setahun ja kerja. Kalau cari kerja baru pun mesti orang yang interview tanya kenapa asyik nak tukar tempat kerja. Haish..memangla boleh prepare jawapannya. Tapi kalau tempat baru pun tak ok jugak macam mana..haaa..Nampak macam banyak songeh dah memilih kerja kan saya ni? Orang lain punya la susah nak dapat kerja..Nak buat macam mana,dah memang environment kerja tak ok, terpaksala cari kerja lain. Bukan pasal gaji semata-mata ye. Kalau dah setiap pagi berat hati nak pegi kerja dan tak ikhlas langsung buat kerja apa gunanya kerja kan? Atas sebab ni la saya decide nak buat bisnes kecil-kecilan dulu, nanti dah ada stable income saya nak bebas dari majikan. Yeayy!!!



       
        Setiap hari kita kerja makan gaji, sabar buat kerja-kerja bos. Yang semakin kayanya bos jugak. Gaji kita dapat sama ja setiap bulan, padahal kerja makin bertambah. Kita sabar je buat kerja untuk kayakan orang lain. Apa salahnya kita start buat bisnes dan sabar dengan segala dugaan dan cabaran berbisnes ni, Bukan untuk kayakan orang lain pun kayakan diri sendiri jugak. Jadi, kena banyak-banyak lah bersabar dengan segala ujian dan dugaan dari Allah. InsyaAllah kalau buat bisnes dengan cara yang betul, suatu hari nanti kita akan berjaya. SAYA AKAN BERJAYA!!!. 



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign