Thursday 18 December 2014

Perancangan Hidup



Sekarang ni macam-macam aku plan untuk hidup dan masa depan aku terutamanya dalam kerjaya la. Aku dah plan apa yang aku nak buat sekarang untuk develop my career. Pastu siap plan nak sambung master kat oversea lagi. Banyak sangat plan, tapi semua ni hanya untuk mengejar keindahan dan kebahagiaan di dunia sahaja.
           

            Kadang-kadang aku terfikir, tak kemana pun kalau kita asyik kejar kemewahan dunia ni. Semakin kita kejar, semakin kita tamak dengan segala hal dunia. Hidup rasa tak pernah cukup dan jarang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah. Selalunya manusia biasa seperti aku ni bersyukur kalau dapat apa yang diidamkan sangat-sangat sahaja. Padahal banyak sangat nikmat Allah yang diberi ke atas kita tanpa kita sedari setiap hari. ALLAH…
           



 Don’t be so focused on climbing the career ladder as your currency on the day of judgement will be your good deeds not your wealth



So, sekarang ni aku kena bertindak untuk kejar redha Ilahi dulu, kejar akhirat dulu sebab itulah matlamat utama sebenarnya hidup orang islam dekat dunia ini. Seiring dengan itu, matlamat dunia juga usah dilupa. InyaAllah kalau kita mengejar akhirat, nescaya dunia juga akan mengejar kita.


            Tak salah mengejar ilmu dan pengalaman dunia jika itu akan mendekatkan lagi kita dengan akhirat dan sang pencipta. Wallahualam.



*Sedang cuba untuk perbaiki diri dan ingin berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu. Amiin. Semoga dipermudahkan*




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign