Friday 12 December 2014

Semangat Berkobar-Kobar

Berkobar-kobar. Satu perkataan yang menggambarkan perassan aku sekarang. La dah kenapa hang ni Najwa?haha..tiba-tiba ja.


       Macam ni ceritanya. Malam tadi aku ada sembang dengan housemate aku Ema, pasal nak sambung study. Tapi biasala kan benda apa kat dunia ni yang tidak memerlukan uuuwangg?? Wang adalah segala-galanya pada zaman sekarang nih. Yuran master saja dah 4-5 ribu satu semester. Perbelanjaan bulanan lagi? Kalau nak buat research confirm la kena fulltime. Memang  takda la monthly income. Dah la sekarang ak banyak komitmen. Kereta, Insuran, Investment lagi. Tula gatai sangat ambik keta awal. Tapi kalau tak beli kereta ak nak pergi kerja macam mana haa? Haisshh..Aku cakap la kat Ema kalau jadi RA dapat 2 ribu memang ak nak sambumg la. Ada ka lecturer boleh bagi sampai 2 ribu, banyak nau dia punya grant? Pastu Ema cakap try la cari scholar. Kalau ada rezeki boleh la dapat. Plan nya nak further Universiti tempatan ja. USM la kalau kat Penang ni, malas pula nak merantau jauh dah.


      Nak dijadikan cerita pagi ni, aku google la pasal Scholarship MARA. Buka website dia tengok macam takda yang dapat membantu ja. Dia just cerita dia punya requirement macam tu la. Tak detail sangat, like macam mana nak apply, bila buka application and so on. Lepas tu aku google lagi dan terjumpa la satu blog ni dia cerita step by step macam mana nak apply. Tapi yang ni untuk Universiti kat oversea la. Tu yang tiba-tiba seamangat berkobar-kobar nak further study oversea. Eh nak pulak meranatau lagi jauh.




     
Antara sebab-sebab ak nak sambung study ialah :




Bosan dengan kerja haha..lalalala (sila baca dengan rentak lagu meet uncle husin ye)
Kerja aku sekarang ni tak mencabar langsung. Ikut ja apa yang HOD suruh buat. Benda yang senang-senang plak tuh. Memang tak guna otak langsung la. Kerja lama aku mencabar fizikal dan mental jugak la. Tapi ada masalah lain pulak dah, tu yang tukar keja nih..tsskk..




Nak bejalan sebenarnya..hee (esp kat Negara orang la)
Aku teringin sangat nak jalan-jalan kat oversea. Aku rasa semua orang kot suka pegi melancong. Tapi biasala wang yang menjadi penghalangnya. Dah kerja pun tak mampu lagi nak simpan duit untuk melancong. Setiap bulan ada ja macam-macam nak kena guna duit.hurmm..


Rasa nak cabar diri sendiri
Bajet jiwa kental la aku ni..pirah!!Ak rasa kadang-kadang aku terlalu depend kat orang lain waktu study dulu. Kalau ada assignment yang susah-susah dan perlukan kerja berkumpulan, aku la orang yang diberi kerja yang senang dan mudah ja. Part yang hardcore punya mana aku pernah buat, nak lagi kalau nak kena deal dengan orang atasan ataupun pegawai2 kerajaan. Memang bukan kerja aku la. Satu lagi masa buat final year project, kami kena design kilang. Memang kena buat betul-betul la dari plan cari tanah, marketing, design, proses, sampai la ke cashflow analysis urtuk tahu berapa tahun dapat balik modal. Memang pecah kepala buat project ni. Tapi macam biasa ak rilek ja. Part yang aku kena buat takla mencabar sangat kalau dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, tapi susah jugakkk kottt..huu..itulah seorang aku yang bernama Najwa ini.

     Hasilnya, time kerja sekarang ni confident level aku rendah sangat. Cakap dengan bos pun sopan dan slow sangat.  Padal kat rumah cakap kuat macam ke***g, renggah gelak macam nak pecah ghumah..haha. Nak buat keputusan apa pun semua depend kat bos, dan rasa sangat tak yakin dengan kebolehan yang ak ada. Eh!!kebolehan apa yang aku ada??   Pastu pulak bos selalu bawak aku masuk meeting, ak nak bagi opinion dlm meeting pun takut-takut and tergagap-gagap. Stress taw dengan semua ni!!tsskk..Aku rasa macam bukan diri aku yang sebenar ja time kerja. Sepatutnya ak boleh buat semua tu. Tapi dalam hati jela boleh.  Aku yakin ak boleh!!Semangat yang penting ye.

      Atas sebab inilah (rasa macam buat ayat karangn BM SPM) aku rasa nak cabar diri sendiri dengan sambung belajar di perantauan dan belajar erti berdikari dalam makna yang sebenar (bukan setakat berdikari boleh uruskan diri sendiri waktu duduk asrama sekolah menengah). Tambahan pula (karangan SPM lagi), nak apply study oversea ni bukan senang, urusannya sangat rumit dan suma kena detail. Dari sini jugak, aku boleh membina keyakinan diri aku bila berjumpa dengan ramai orang untuk urusan study ak nih. Kalau tak dapat pun, at least ak berusaha dan ak rasa puas hati dengan diri aku daripada ak duduk diam pada tahap lama dan takda inisiatif untuk mengubah diri sendiri.  Haisshhh semangat ni!!!.


Aku berharap sangat satu hari nanti aku jadi somebody yang disegani dan disenangi orang ramai. Dan yang penting tak bermegah dan berbangga dengan diri sendiri. Apa-apa pun kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Keep on praying. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Wassalamualaikum..
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign