Wednesday 24 December 2014

Sambutan Krismas



Sempena krismas ni, company aku keja sekarang ada la buat event 'Exchange Christmas Gifts'. Event ni digalakkan untuk semua pekerja. Tapi tak wajib pon join. Aku mula-mula teragak-agak la nak join ke tak, ragu-ragu la boleh ke tak kita orang islam ni join. Krismas kan sambutan perayaan bagi orang kristian. Siap ak ada baca mesej-mesej yang orang duk hantar kat whatapp kata even kita wish "Mery Christmas" pn tak boleh adala maksud-maksud tertentu dia tu. Taktaw nak percaya ke tak.

        Tapi, ak join jugak event ni sebab HOD ak suruh join. Lagipun aku tanya pekerja-pekerja melayu lain pun ramai yang join. Bagi aku la niat tu yang penting, aku join sebab nak support event company ja, bagi memeriahkan majlis. Bukan nak agung-agungkan perayaan tu. Wish " Mery Christmas" kat mereka pun tak, abis event ak balik terus camtu ja. Takdak nak sembang-sembang bukak hadiah segala dengan mereka. Biasala aku baru ja kerja sebulan lebih kat sini, tak mesra sangat lagi dengan mereka.



     
   Reception area. Decoration ni diorang dah buat seminggu awal lagi




Sebelum exchage hadiah kita makan dulu


Ini la owner kilang ni. Terima kasih bos bagi makan free..


Nak dapat hadiah, kena main game dulu, main ala-ala kotak beracun. Tapi dalam kotak tu ada number, cabut number dan claim hadiah. Takdala kena denda buat benda pelik-pelik macam main kotak beracun. 


Muka-muka bahagia dapat hadiah.Wee..


NI jela kot apa yang aku nak tulis untuk kenangan. Sampai bila nak kerja kat sini pun tak tahu la nak cakap. 

wassalamualaikum.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign