Monday 25 May 2015

Percutian ke Krabi : Perjalanan dari Penang

Assalamualaikum.

Dah lama plan nak pegi Krabi, at last jadi la jugak. Selalunya asyik plan ja lebih jadinya tak pongg..haha.

Mulanya ramai yang nak join, tapi semakin dekat nak pegi sorang demi sorang tak jadi ikut. So kami berlima ja pegi. Aku dengan lagi sorang kawan pegi dari Penang yang lagi tiga orang naik flight dari KLIA.

Yang diorang dari KL memang dah booked tiket flight dari awal lagi. Kami dari penang ni punya la wat lek ja tak beli apa-apa tiket pun. Sebab cadangnya nak guna jalan darat je. So, kami pun start la baca-baca blog orang yang tulis pasal ke krabi guna jalan darat ni.

Esoknya nak pegi tu baru la pegi survey tiket. Mulanya tengok tiket train, pastu pegi station bas pulak cari tiket. Lepas compare harga kami pun decide nak naik van ke Hatnyai. Dari penang ke Hatnyai takda bas ye. Harga tiket RM 35. Van ada pkul 6, 9 dan 11 kalau ak tak silap. Kami ambil pukul 6 punya. Yakin sangat boleh bangun awal.. T_T

Nasib baik subuh awal sikit. Kelang kabut jugak la nak sembahyang pagi tu dekat station bas. Yang driver van ni dah start call dah..

Dalam 6 suku baru bertolak dari penang. Lepas tu berhenti dekat Bukit kayu hitam untuk cop passsprt.


Dulu-dulu tengok van macam ni seram ja, konon-konong orang kata van ni bawa lari orang dan jual kat siam..haha.


Agak renyah sebenarnya naik van ni, sebab asyik kena turun naik van sampai tiga kali. Mula-mula dekat Bukit Kayu Hitam, pastu dekat sempadan Malaysia, dan last dekat sempadan Thailand untuk cop passport.

Kami sampai Hatnyai lebih kurang pukul 11.30 (Jam Thailand). Dari Hatnyai naik van lagi sampai ke Krabi. Harga tambang TB290. Sampai Krabi dalam pukul empat macam tula. Lama gilaa..T_T. Tapi van ada berhenti dekat RnR Songkla. Dekat situ ada kedai Muslim, surau semua ada la.

Sebenarnya van tu tak hantar kami ke Krabi Town pon. Entah nama pa tak taw tempat yang dia drop tu. Dari situ terpaksa naik Teksi ke Guest House dekat Krabi Town. p/s : Better dekat Hat Yai tanya betul-betul which area dekat krabi yang van tu akan hantar.

Kami stay dekat PN Guesthouse. Booked dekat agoda. 2 orang satu bilik, RM65/person untuk 3 malam. Murah kan?hee..kena selalu tengok dan cari dekat agoda la.


Memang puas hati la dengan bilik dia. Toilet pun bersih.

Hotel dekat Krabi Town murah sikit compare dengan dekat Ao Nang beach. Tapi Krabi Town tak 'hidup' sangat la. Kalau nak buat aktiviti memang semua dekat Ao Nang. So, memang kena pegi Ao Nang jugak.

Jangan risau kalau kita beli package tour dekat Krabi town memang dah include dengan pickup dari hotel ke Ao Nang. kita tak perlu naik teksi sendiri ke Ao Nang pun. Harga package pun sama juga dengan harga dekat Ao Nang.

Ok, dah habis entry perjalan. Nanti sambung pula aktiviti dekat sana.

Sambungan
Part II - Naik Gajah
Part III - Phi Phi Island
Terima Kasih

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shahidanajwa.blogspot.com Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign